Cucu kepada sepupu Ummi, Ammar sebaya dengan Kakak. Birthday pun dekat², dia 23hb, Kakak 28hb. Kiranya masa tu Ummi dan Kak Aida (ibu Ammar/anak saudara pupu Ummi) berpantang sama², lebih kurang.
Sempena Ammar khatam Quran kami sekeluarga dijemput ke rumah baru Kak Aida Ahad lepas. Hampir setahun dah berpindah ke sini. Rezeki depa dapat beli rumah RUMAWIP di lokasi yang sangat strategik ni. Alhamdulillah Ummi pun tumpang gembira.
Pernah ke rumah lama depa dulu, bersama dengan arwah Tok.
Ada pulut, rendang ayam dan bihun sup. Semua KA masak sendiri je. Ummi agak jemputan pun tak ramai, di kalangan saudara mara terdekat je. Ummi pergi dah lewat, sempat bertemu dengan keluarga kakak ipar KA dan ustazah Ammar je.
Disebabkan Ummi hanya datang berdua je dengan Walid, KA tapaukan makanan untuk anak⁴. Banyak sangat, cukup kenyang untuk kami dinner malam tu.
Kebetulan Ummi masak kuah durian, alang² ada pulut, makan sekalilah. KA buat 2 versi pulut; pulut kuning dan pulut biasa. Dia masukkan dalam satu bekas je untuk Ummi bawa balik, itu yang bercampur² tu.
Alhamdulillah Ummi takde masalah nak makan pulut setakat ni. Ada yang kata pulut ni angin, sakit² badan kalau makan. Tapi tetaplah kita berpada² dan berjaga², jangan makan terlebih sangat. Umur² 4-series ni pun bukannya larat nak makan banyak² dah. Cepat sengkak atau orang Baling sebut "sa'ah". Part 'ah' tu kena sebut macam huruf ع :D
Tahniah ye Ammar dah khatam Quran 👍
Pandai pun pandai Ammar ni, selalu naik pentas. Hajat dia nak masuk sekolah sama dengan Paklong Fawwaz (Abang). Mudah-mudahan ada rezeki, boleh sekolah sama² dgn Makcik Balqis (Kakak). Kakak pun dah terbuka hati nak ambil aliran TMUA. Sebelum ni katanya tak nak hafazan. Kita tengoklah nanti rezekinya di mana. Ummi doakan yang terbaik untuk semua.
alhamdulilah dah khatam ye cucu sedara PH tu hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah 🤲
DeleteKhatam Quran dan Pulut Kuning.. dimanakah sinonim nya.. dulu kecik2 bila khatam alquran mak akan buat pulut kuning..
ReplyDeleteSama!
DeleteSejak dulu² orang tua kita buat macam tu kan... Tp di tmpt kami mmg kalau ada special occasion mmg akan buat pulut kuning.
Alhamdulilah dah khatam dah....lepas tu ternampak pula bihun sup...
ReplyDeleteBihun Sup tu sedap Ezna :p
DeleteAlhamdulillah.. sudah khatam Quran. Bagus tu buat majlis kesyukuran juga. Murah rezeki keluarga Ammar.
ReplyDeletealhamdulillah dh khatam quran
ReplyDeleteAlhamdulillah... Seronoknya... Ank2 linda liat lagi semuanya.. Geram pulak kita.. Ke mak nie tak garang sangat... Hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah . Tahniah dh khatam al-Quran
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah Ammar..
ReplyDeletealhamdulillah. tahniah yer
ReplyDeleteTradisi yg sama dengan di kampung saya. Kalo ada yg khatam alquran, pasti dibuatkan pulut kuning dengan ayam bakar. Atau pulut kuning dengan kelapa manis. Duluuu saya tak suka kak. Tp skr ntah kenapa rindu pula ingin merasa lagi pulut kuning tuh
ReplyDelete