Berkongsi rezeki amalan mulia...
Gitewww 😁
Hiris pelam, cili padi, cili burung, bawang merah/besar dan satukan dalam satu bekas. Letak garam, gula dan santan pekat. Santan tu kisar guna air masak. Kalau perut sensitif, masak sekejap santan atas api kemudian gaul bersama barang hirisan tadi. Sesuaikan rasa, siap.
Kacang panjang Ummi gulaikan bersama hati dan pedal. Gulai style gini namanya Gulai Serai Lengkuas. Caranya masak macam kari biasa cuma tambah serai, lengkuas & halia yang ditumbuk halus masa menumis. Gulainya pekat dan masak agak kering sikit. Dulu kalau time raya gulai style ginilah yang Tok masak. Makin dipanaskan, makin sedap rasanya. Cicah pulak dengan lemang yang agak garing² sikit, mabeles! Lemang dulu² taklah selembut sekarang, ada kerak² sikit, garing² sikit. Tapi rasanya padu 👍👍👍
Serai pemberian jemaah surau. Alhamdulillah bertambah stok serai dalam peti. Serai ni antara barang wajib ada dalam simpanan kan...
Kali ni berbagi rezeki dengan Cik Wati.
Bahagian Ummi, Ummi buat masak lemak + sardin. Ikut resepi orang, tak berapa kena dengan tekak. Merajuk, tak ambil gambar 😂
errr tak pernah tahu kewujudan daun ajinomoto tu...
ReplyDeleteSpecial ya kerabu mangga tu. Siap bubuh santan lagi.
ReplyDeleteSaya belum pernah jumpa daun Ajinomoto
Alhamdulillah
ReplyDeleteRejeki dikongsi bersama
Daun ajinomoto mcm daun betik jer :P
ReplyDeleteNanti kita cubalah masak hati dan pedal macam tu, biasa goreng aje yang mudah, hehe.
ReplyDelete1st time tgk daun ajinamoti...meriah rezeki pelbagai sayur...lama tk mkn hati & pedal tu...sedapnya
ReplyDeleteoo daun ajinomoto ye? ingatkan daun betik hehe
ReplyDeletealhamdulillah....mcm menarik je masak hati & pedal tu
ReplyDeleteAlahai...merajuk x amik gambar ye
ReplyDeleteTernampak buah belimbing kecik tu. Nak beli baru2 ni nak masak lemak sekali tak jual pulak kat kedai acheh tu
ReplyDeleteSedapnya lauk2 yg sis masak ni. Rasa nak tumpang makan sekali pulak 😅
ReplyDeleteMeriah nya masakan tu. Kerabu tu menarik belum pernah jumpa.
ReplyDeleteKat rumah mak banyak gak pokok ajinomoto.
Serai kat rumah sampai tak termakan, jadi bila tak petik pokok jadi kurus.
Alhamdulillah ..rezeki .. daun ajinamoto tu sekali pandang macam daun betik kan ..
ReplyDeleteLihat belimbing wuluhnya jadi teringat, kemarin saya suruh jastiper belanja keperluan dapur saya di pasar. Ada masuk belimbing wuluh. Tapi dah dia cari ke banyak warung, tak ada yg jual 🤣🤣. Nasib lah tinggal di jakarta , banyak yg tak ada bahan2 tertentu 😄. Padahal di sumatera banyaak sangat belimbing wuluh ini.
ReplyDelete