Kelmarin 17.7 barisan kepimpinan sekolah Abang bertukar tangan; F5 kpd F4. F5 nak fokus kepada SPM yang tak berapa lama lagi.
Baca juga: Kem Kepimpinan Tingkatan 4
Congrats Nabil jadi KU.
Baik budaknya, sesuailah jadi ketua pelajar π
Abang dapat jawatan juga dalam badan pengawas. Sebelum tu dia dah bagitau ada ura² dia dapat jawatan tu tapi belum ada pengesahan. Masa hantar balik asrama Ahad lepas sambil peluk dia Ummi bisik;
" Abang nak Ummi DOA Abang dapat jawatan apa?"
Dia jawab; " Ummi doakan yang terbaik utk Abang"
Besaq dah anak Ummi, dah makin matang fikiran dia.
Sebelum balik asrama tu Ummi belikanlah blazer. Ikutkan dia nak pinjam dengan Ustaz masa majlis pelantikan tu, tapi bila fikir balik beli je la. Katanya kena pakai selalu juga esp perhimpunan pagi Isnin. Harga pun berpatutan, RM110 utk saiz dia ni. Beli dekat Pasaraya Ekonomi Gombak Permai. Ada satu kedai di Sri Gombak tu harganya RM240. Quality wise lebih eloklah tapi diluar kemampuanlah pulak. Abang ni murid sekolah je, bukannya CEO Megah Holdings pun haha...
Semoga sentiasa cemerlang dalam setiap bidang; hafazan, akademik dan kepimpinan serta sentiasa menunduk ke bumi dan menjunjung adab pekerti yang tinggi.
Congrats & all the best GEXXIN!
Alhamdulillah....semoga terus cemerlang...
ReplyDeleteAlhamdulillah... tahniah abang... selamat menjalankan tugas.. enjoy your journey.. jadikan pengalaman di sekolah 1 kenangan manis utk dikenang nnt
ReplyDeletetahniah Abang...smoga trus cemerlang dunia akhirat
ReplyDeletewaahh tahniah Abang! moga terus bersemangat & cemerlang selalu!
ReplyDeleteBagus abang, teruskan!
ReplyDeleteTahniah...moga jadi pemimpin yang baik dan cemerlang dunia akhirat
ReplyDeleteTahniah Abangπͺπͺ
ReplyDeleteSemoga terus memimpin dengan baik.
Sebak pulak bila dia sebut doakan yg terbaik tu. Ye semakin matang anak2 sulung kita ye besan. Ehhhh tetiba jadi besan pulak hahah.
ReplyDeleteEloklah jadi prefect. Tinngi sikit point pajsk nanti
Alamak, nak aminkan ke tak ni hahaha πππ
DeletePernah juga jadi pengawas masa form 4&5 dgn jawatan 'setiausaha'
ReplyDeleteTak rugi pun beli blazer ni PH sebab lepas tu boleh pakai masa kat Universiti pulak lepas tu kan....ada la bebudak tanya ada blazer tak nak pinjam?. Yg ni kalau selalu sangat takut blazer anak kita ni jadi warnanya luntur. Bukan sebab diri sendiri yang pakai tapi ramai sangat orang pinjam.
ReplyDeletemoga yg baik2 ajer utk anak2 kita semua..aamiin
ReplyDeletetahniah abang. dulu acik pun pengawas. kami tak ramai kiranya jawatan besar pusing pusing orang tu gak yang sandang.merasa la jadi cam bos besar megah holding masa tu.kalau tak mana merasa pakai blazer time acik dulu.kih kih kih
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah abang, semoga terus cemerlang
ReplyDeleteAlhamdulillah .tahniah ..selamat maju jaya
ReplyDeleteTerharuuuu baca jawaban Abang π₯Ή. Semoga makin sukses kedepannya untuk Abang, semakin dewasa yaa π
ReplyDelete