Friday, 26 July 2024

Roti Sardin Jantan

Adoi la nama menunya pun 😆
Setelah beberapa minggu dia tak nak bawa bekal, semalam Kakak request nak bawa bekal hari ni. Ummi pun dah lama berkenan nak try masak Roti Sardin Jantan yang Ummi tengok di TT Sheila Rusly. Roti ni permintaan suaminya Tok Sidang (Jinggo). 

Jom! 

Dalam 1 mangkuk, keluarkan sardin (isi sahaja) dan hancurkan dengan garfu. Dalam bekas lain, pecahkan 3 biji telur, masukkan bawang cincang, cili padi hiris dan juga hirisan daun bawang. Kacau sebati kemudian masukkan isi sardin tadi 👇

Kacau sebati. Ummi letak serbuk perasa sikit. Sis Sheila tak letak rasanya. 
Ambil sekeping roti dan celup kedua² belah ke dalam adunan ni. 

Panaskan minyak (sikit je, minyak banyak nanti roti serap minyak, tak sedap) dan goreng roti tadi hingga masak/garing kedua² belah. 

Buat sampai habis adunan/roti. 


Memang sedap. Cuba tau sebab senang sangat nak membuatnya. Rugi tak try :) 

Kredit: Sheila Rusly 🌹

10 comments:

  1. Oooo...namanya roti sardin jantan. Senang juga nak buatnya. Nanti boleh cuba di dapur sendiri ni. Tq for sharing ya PH.

    ReplyDelete
  2. Sedap namanya. Mungkin sesuai kalau minum dengan kopi jantan.

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik. Boleh dicuba ni

    ReplyDelete
  4. kenapa namanya roti sardin jantan PH? sbb dia panjang2 gitu ke? ahahaha

    ReplyDelete
  5. Sedapnya PH. Nak duduk sebelah rumah lah.

    ReplyDelete
  6. Sedap².. tq resepi ni.. nak try juga.

    ReplyDelete
  7. Bagus juga resipi ni PH sebab saya selalu buat letak telur tu saje. Boleh la letak camni pulak. Nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  8. Aissssh kakaaaaak 😍😍😍😍😍. Langsung teringat saya ada 2 botol sardin blm diolah . Nanti nak buat macam ini lah. Pakai roti, pasti sedaap memang. Soalnya kalo sardin saja, saya tak seberapa suka.

    ReplyDelete
  9. SA pun suka Yang macam..sedap...selalu buat weekend, blom habis buat roti dh habis kena cukai

    ReplyDelete