Monday 29 July 2024

Minggu Panitia Bahasa

Ada beberapa pertandingan dan program dilaksanakan sempena Minggu Panitia Bahasa di SRAI. Antaranya pertandingan buku skrap bertajuk "الٱلعاب الرياضية" untuk murid Tahun 2. 

Seperti biasa, anak² Ummi seboleh mungkin akan sertailah apa² pertandingan yang diadakan di sekolah :) Tapi Kakak tak join kali ni, penat dengan latihan BoJa. Banyak ponteng kelas, jadi homework pun banyak lerrr...

Esok deadline, malam tu baru buat 😅
Idea pun last minute baru nak mai :D 

Untuk hiasan, gunting je dari majalah Kuntum. Mujur ada simpan lagi majalah² lama ni. 

Untuk alat² mainan ni Adik lukis dan warna sendiri je. Semua pun bola je; bola sepak, bola tampar dll... 

Alhamdulillah usaha Adik berbaloi... 

Dalam kelas Adik, 4 orang je hantar buku scrap ni. Jadi adalah rezeki Adik menang juga 🤲

Ini pula hadiah dari Panitia BI, Adik #2 dalam kelas acara Spelling. Bertambah stok stationary, Ummi suka :) 

Well done Adik 🌹

8 comments:

  1. Syabas Adik!
    Sekarang tak tau ada lagi ke tidak Majalah Kuntum tu.. kalau tengok kat kedai runcit dah tak banyak majalah yang ada.

    ReplyDelete
  2. Best nya adik 👏👏👏❤️. Congrats yaaa bisa jadi salah satu juara 👏

    ReplyDelete