Sedari pagi teringin nak makan kuih² manis, tapi malas nak keluar pergi beli. Solusinya, kita rajinkan diri 💪
Alhamdulillah semua bahan pun ada;
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 kotak kecil santan
Sedikit garam
3 cawan air
Sedikit pewarna pilihan
Let's go!
1. Satukan tepung beras, gula pasir, tepung gandum, tepung jagung, garam, santan kotak dan air. Gaul sebati semuanya
2. Tapis adunan ke dalam bekas lain
3. Bahagia adunan kepada 2. Ummi bahagi +-2 cawan setiap adunan. Satu adunan biarkan warna asal, manakala 1 adunan lagi letak pewarna pilihan dan gaul sebati
4. Panaskan kukusan. Balut penutup agar air kukusan tak menitik atas kuih nanti
5. Sapu minyak pada loyang
6. Ambil 1 cawan adunan putih, tuang ke dalam loyang. Tutup pengukus dan kukus 5-6 minit (setiap lapisan). Kalau lapisan masih ada bahagian cair, kukus lagi supaya adunan putih dan berwarna tidak bercampur.
7. Ambil pula adunan berwarna dan tuang ke dalam loyang. Ulang proses #6 hingga habis semua adunan.
8. Kukus 30 minit lagi atau hingga kuih lapis masak sepenuhnya. Ambil lidi, cucuk kuih. Sekiranya kuih tak melekat di lidi, kuih dah masak dan boleh tutup api. Angkat loyang dan sejukkan. Bila dah sejuk baru potong
9. Sedia untuk dinikmati.
Lapisan 3 & 4 bercampur, salah teknik. Sepatutnya bagi lapisan bawah keras dulu baru tuang adunan utk lapisan seterusnya (step #6). Lurus sangat Ummi ni, cukup 6 minit je terus tuang adunan seterusnya 😅 Walaupun begitu, dari segi rasa tak kalah ye :p
Terima kasih Lesung Pipit untuk resepi yang mudah dan menjadi ni, walaupun tidaklah sempurna kejadiannya. Amatur khennnn :)
Selamat mencuba 🤗
Wah...rajin PH.
ReplyDeleteRupa nampak menarik walaupun tak jadi lapis macam biasa, yang penting rasanya menjadi 👏
Saya belum pernah cuba buat kuih lapis ni 🤭
Kadang² tu bila teringin sesuatu jadi tak tertahan² haha ... Buat je la 😁
Deletelama tk mkn kuih lapis ni....pandai buat sdiri walaupun lapisan tu dh bercampur janji puas mkn bila buat sdiri
ReplyDeleteBolehlah buat raso² hihi
DeleteOrang rajin aje mampu buat kuih lapis ni, PH. Tapi tu la, harga dia sama aje dengan kuih yang senang buat, tak payah mengadap berjam². Patutnya kuih lapis ni kena jual mahal sikit, kan, effort kpd si penjual.
ReplyDeleteBetul sangat SK... Masa melapis tu dok fikir ya Allah rajinnya orang yg buat/jual kuih ni kan... Sabar, teliti nak siapkan satu loyang ni bukan sekejap
Deletewaa rajinnya PH! salute laaaaa
ReplyDeleteKita bikin romantis... 😆
ReplyDeletewahhhh PH lagi rajin ni buat kuih lapis! ana blm ada kesabaran utk buat kuih lapis hehehe
ReplyDeleteTapi bila bercampur warna jadi cantik la warna kuihnya ni PH. Yg penting rasanya tak kalah.
ReplyDeleteDulu mak nieyl rajin buat kuih lapis ni...
ReplyDeletekalau buat. nieyl akan makan kupas 1 layer 1 layer hehehe..
Salah teknik pun tetap nampak sedap...kalau SA..ntah apa la jadi...
ReplyDeleteRajinnyaaa kak PH 😍😍. Kalo saya memang dah menyerah urusan buat kue. Kalo masak lauk, masih okay, masak kue nanti dulu 🤣
ReplyDeleteKuih ni sedap. Lebih sedap dan teruja bila time makan kita selak selapis demi selapis. Tapi tulah, proses nak buat lapisan tu memang remeh.
ReplyDelete