Sunday, 7 April 2024

Projek Raya III ~ Biskut Cornflakes Crunchy

Mood ada, bahan ada jadi langsunglah Ummi sambung projek raya. Kali ni cuba buat Biskut Cornflakes Crunchy ikut resepi blogger LM. Tq LM, share resepi simple macam ni 🌹


Biskut Cornflakes Crunchy 
Terima kasih: LM

Bahan-Bahan:
1 ¾ cawan tepung gandum*
¼ cawan tepung jagung *
½ sudu teh baking powder *
1 cawan cornflakes - ramas kasar
200 gm butter
¾ cawan gula kastor
1 biji telur 
# Ummi ayak bersama bahan² bertanda *

Bahan Salut:
1 cawan cornflakes - ramas kasar 

Cara Penyediaan:
1. Pukul butter dan gula dgn senduk hingga sebati. Nak mudah, biarkan butter pada suhu bilik hingga lembut. 
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan telur. Gaul lagi 
3. Masukkan cornflakes dan gaul sebati adunan biskut.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag atau bulatan doh. Ummi bentukkan guna tangan je :) 
5. Salut dengan cornflakes. 
6. Bakar pada suhu 170°C, 15-20 minit. 
# Ummi bakar dalam air fryer; 160°C, 20 minit. 
7. Sejukkan dulu (biar pada suhu bilik) sebelum biskut dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Walaupun rupanya tak berapa cantik, tapi rasanya sedap 🀭

Yang sedikit perang tu sebab awalnya Ummi bakar dgn suhu 170°C, 20 minit. Rupanya tak sesuai dgn air fryer Ummi ni jadi Ummi turunkan suhu ke 160°C. Barulah fair & lovely biskut ai :p 

Dan seperti biasa, biskut raya ni dimakan sebelum raya, sebab tu dah tinggal suku balang πŸ˜…

Selamat mencuba πŸ€— 


9 comments:

  1. seronoknya buat kuih raya..tahun ni kat rumah SA ada kerepek je..biskut raya xde...

    ReplyDelete
  2. rajen PH...Linda mcm nak buat sarang semut malam nanti...tp, bergantung pada kerajinan lah nanti..hahaha

    ReplyDelete
  3. cornflakes crunchy ni mmg sedap wlupon rupa dia kurang cun hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh dah siap. Best best. Kita tunjuk 3-4 jenis. Dapat free beberapa jenis. Cukup lah.

    ReplyDelete
  5. Biasalah.. kalau sebelum raya dah setengah balang dikerjakan..

    ReplyDelete
  6. Biar rupa tak cantik..janji rasa sedap...hehehe

    ReplyDelete
  7. Hahahahah biskuit pun fair and lovely ya kak 🀣🀣. Tak apa bentuk tak cantik, yg penting tetap rasa kan πŸ˜„πŸ‘

    ReplyDelete
  8. Biar tak cantik , tapi bila masuk ke dalam mulut repeat makan berkali-kali

    ReplyDelete