Panjang nau tajuk 😆
Balik raya minggu lepas Ummi lah jadi Head Chef dekat rumah Tok Umi :D Tok Umi masih bertongkat jadi memang tak masuk dapur.
Keluarga Paklong dan Paksu pun ada masanya datang berbuka di rumah Tok Umi. Masing-masing bawa juadah. Ummi masak juadah Ummi dah masak nasi juga. Nanti pakat makan sama².
Cumanya, bab masak nasi ni ada masalah sikit. Kadang kita dah masak banyak, tau² dengaq kata depa balik rumah mertua. Terlebih pulak nasi...
Ada sekali tu nasi berbaki 1 periuk lagi, 5 pot Kakak masak. Nak panaskan sekadar tekan reheat button tak lembut nasi tu, setakat panas je. Google sana sini, Ummi jumpa caranya nak bagi nasi sejuk tu lembut macam nasi baru dimasak.
Caranya;
1. Keluarkan nasi dari rice cooker, letak dalam penapis
2. Basuh semula nasi sejuk tu (Ummi basuh sekali je sambil ramas² dgn lembut nasi agar tak berketul), toskan dan masukkan semula ke dalam rice cooker.
2. Masukkan air hingga paras nasi.
3. Tekan button on dan biarkan nasi masak macam biasa.
4. Bila dah masak, keep warm kalau nasi masih lembab. Tutup suis bila nasi dah kering.
Alhamdulillah petua ni berjaya . Nasi 5 pot tu dihabiskan dengan jayanya tanpa seorang pun tahu itu adalah nasi sejuk semalam ☺️
Kredit: Malaysia Dateline.
Oh macam tu. Saya selalu tak basuh nasi tu cumanya keep warm dalam periuk nasi....
ReplyDeletewahhhhhh boleh guna trick ni utk elak pembaziran nasi hehe
ReplyDeleteOhhh pakai dibasuh lagi ya kak. Kalo saya , nasi sisa dimasukkan kulkas. Lalu nak panaskan, pakai cara steam. Lembut balik semula
ReplyDeleteNasi sejuk yg dah simpan dalam peti sejuk lebih sihat dari nasi yang ditanak fresh. Ada tengok satu petua ni, lepas masak nasi, sejukkan lepas tu simpan dalam peti sejuk. Esoknya masuk balik dalam periuk nasi letak keep warm, nanti sama la rasanya macam nasi panas yang baru ditanak. Tapi saya idok ler rajin nak buat hihi.
ReplyDeleteWah...menarik...boleh cuba ni...Saya ada stok nasi sejuk agak banyak dalam peti ais...
ReplyDeleteSelalu kukus ja..rupanya kena basuh dan tambah air ye...nak cuba lah
Selalu saya kukus balik sahaja. Boleh masak balik lagi rupanya.
ReplyDeletetak penah buat lagi style macam ni. mesti rasa fresh dan mcm nasi kukus kan
ReplyDeleteSA plak kalau nasi x habis SA simpan dalam fridge, esoknya uat nasi goreng so cantik kejadian nasi goreng tu..sebb apa tau..Pak Zain suka nasi lembut2 skit..SA plak suka makan nasi berderai...
ReplyDeleteSaya kalau nasi lebih.. masuk peti sejuk biar dia sejuk keras.. pastu buat nasi goreng.. kalau nak makan nasi putih saya kukus nasi tu sampai lembut semula..
ReplyDeleteSaya guna microwave saja. 😂
ReplyDeleteCCL suka kukus jer . Tak pernah lgi try tips ni basuh nasi dan masak semula . Nasi tak lembik ker ? Tak cepat nasi ?
ReplyDelete