Friday, 19 April 2024

Kakak ~ Merentas Desa 2024

Awal kali ni Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah diadakan. Tahun lepas bulan 7, 3 Muharram. Kali ni 10 Syawal dah dibuat. Risau juga kalau tak larat lari, almaklumlah baru lepas raya :D 

Atas gambar pagi tadi, bawah gambar tahun lepas. Setiap murid Tahap 2 diminta sumbangkan air 100+ sorang sebotol. Itu yang Kakak pegang botol air 100t tu. 

Kali ni juga Ummi tak join as a check point volunteer macam tahun lepas. Masih batuk² dan hilang suara, tak sesuai jadi pom² girl macam last year haha... Yang kelakarnya kawan² Kakak terkejut Ummi tak join kali ni. Almaklumlah, Ummi kan rajin join aktiviti sekolah, tukang ambil gambar diorang, bila takde mulalah depa cari 😁

Alhamdulillah, rezeki Kakak. Tahun ni dapat no 6, better than last year. Bff Danisha no 5. No 1-4 auto jadi wakil sekolah ke MSSD. Kakak memang aim no 5 ke atas sbb tak nak masuk  MSSD acara lari :D 



Tq Cg Sal sudi share gambar Kakak ambil medal 🫶 Adalah gambar buat kenangan.

Minggu depan Angah. 
Abang pula katanya masuk fun walk.
Yang Daniel & Ayel pula berlatih sakan dari sebelum puasa, hingga bulan puasa pun malam² cikgu bawa gi training. Ingatkan dah dapat wakil daerah ke, rupanya baru peringkat sekolah 😅 Cikgu gigih kata Makcik :) Actually minggu ni esp today ramai sekolah buat acara merentas desa ni. Rasanya nak kejar untuk MSSD selection

Adik pula baru Tahap 1, belum layak untuk acara merentas desa ni. Seperti tahun sudah, depa ada pertandingan mewarna. 


12 comments:

  1. Waah tahniahhhh merentas desa tu.. hebat hebat...

    ReplyDelete
  2. Sama macam sekolah encik suami. Dah rentas desa. Kak Alia dan Ain tak dapat nombor pun. Tapi dorang seronok dapat join.

    Apa2 pun SHRMZDB PH.

    ReplyDelete
  3. Bagus buat aktiviti macam ni lepas raya, boleh bakar lemak2 yg terkumpul masa hari raya hehe

    ReplyDelete
  4. Seronok diorang join merentas desa. Tahniah!

    Saya tak mampu pulak nak lepas nombor sikit macam tu. Tapi dapat lah sumbang mata kepada rumah sukan. 😅

    ReplyDelete
  5. Kami baru saja selesai aktiviti sukantara hari Jumaat, kelmarin. Akan datang barulah buat larian gemilang @ merentas desa.
    Tahniah kakak dapat nombor 6!

    ReplyDelete
  6. Rajin PH ya....sama la pernah jaga check point juga....moga cepat sembuh.....

    ReplyDelete
  7. seronoknya... skrg di trg panas sgt, sekolah xde aktiviti keluar dr kawasan sekolah lagi setakat ni... ldy duduk di hadapan sekolah..

    ReplyDelete
  8. Musim merentas desa skrg kan? dah la musim panas ni.. tp budak² depa suka je

    ReplyDelete
  9. dulu masa sekolah menengah selalu jer ngelat..hahaha...SA jenis lasak tapi sebab ikut kawan kan..memang ngelat la selalunya

    ReplyDelete
  10. Teringat zaman-zaman sekolah dulu . Kalau boleh nak redah jalan shortcut jer

    ReplyDelete
  11. Wahhh... bagus kakak.. laju juga tu lari nya dapat below 10.

    ReplyDelete
  12. Oh merentas desa ini acara lari ya kak? Tadi saya pikir nak membuat acara yg melibatkan suatu desa 😅. Ntah acara menanam, bersihkan desa dll. Kalau lari, ini anak saya tak suka sangat. Kdg saya paksa utk ikut biar ada olahraga sikit 😅

    ReplyDelete