Sabtu pagi Abang tiba call, waktu prep pulak tu... Cuak jugalah Ummi ni...
Ummi pun onz je la sebab hari tu nak keluar ke open house US, jadi tak payah masak untuk lunch for that day. Ummi terus buat Sambal Tumis Bilis. Sambil² tu masak rendang dan rebus nasi impit segera untuk kawan² Kakak yang nak datang beraya esoknya, Ahad juga. Alhamdulillah setel sebahagian menu ni, barulah lega nak keluar beraya.
Kami orang terawal kot sampai di asrama haha... Pintu pagar bukak pukul 11.00 terus masuk 😆 Terus ke kantin, yang baru je dibuka. Sebelah kantin ada court bola. Boys F4 tengah main bola tongah hari tongah paneh tu. Yang tak main jadi penonton pun ramai... Ummi nampak Adli tengah main, ajak dia makan sekali. Abang pun panggil juga 3 orang lagi kawan² termasuk IR yang request nasi lemak ni. Yang dok lepak meja depan kami pun ajak la sekali. Dalam dok perati anak² ni cedok nasi lemak sorang demi sorang, eh makin lama makin ramai yang datang. Semua yang dekat court bola tu mai serbu 😂 Dapatlah merasa sorang sikit. Mujur juga bawa nasi lemak bungkus dan roti canai 4 keping. Share² je la sorang sikit. Walid top up telur mata & nasi putih sikit dari kantin hihi.. nak beli banyak pun kantin baru nak start operasi juga :D
Cara diorang makan, cara depa mai sorang² ucap terima kasih buat kita rasa happy sangat. Rasa macam nasi lemak Ummilah terpaling sedap hahaha... Padahal depa tengah lapaq, budak² asrama kan... Lapaq sedia² 😆 Ummi dulu pun dok asrama, paham sangat.
Jumaat ni depa PB, Sabtu tu Ummi ajak depa mai beraya. Ummi nak masak banyak² bagi depa makan puas² إن شاء الله
Semoga dipermudahkan segala rancangannya 🤲
Alhamdulillah...seronoknya anak- anak ni semua makan nasi lemak..bangga umi dapat jamu anak- anak ni semua kan..sama jugak la dengan SA..seronok tengok anak- anak makan
ReplyDeleteRasa puashati kan SA, bila tgk orang makan airtangan kita...
Deleteseronoknyaaa kena serbu mcm tu. puas rasa berbaloi masak sebab semua pakat makan hehehe
ReplyDeleterezeki nasi lemak dpt mkn rmi2 tu
ReplyDeleteDapat la rasa sorang sikit hihi...
DeleteSeronok tengok. Seronok bagi pihak yang makan dan pihak yang masak 😃
ReplyDeleteSemua ini akan jadi kenangan indah hidup di asrama buat anak-anak bila mereka dewasa nanti.
Harapnya diorang ingatlah kat Ummi, doa²kan selalu pun syukur sangat dah :D
DeleteSemoga diberikan keafiaatan pd PH nak sediakan makanan banyak nanti ya, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteTq SK. Hugs 🤗
DeleteSemoga murah rezeki PH, gembirakan IR dengan permintaannya.
ReplyDeleteAamin tq NA 🌹
DeleteRamai pula nampaknya kawan2 anak ni PH. Moga murah rezeki PH ya.
ReplyDeleteRamai Ezna, boys pulak tu ..pantang ajak mesti serbu haha... Kenangan manis utk dikenang :)
Deleteummi boleh buka warung nasi lemak ni
ReplyDeleteHaha...
DeleteTak sedap mana pun Mama Pia, takat jamu budak2² tengah lapar bolehlah haha
Seronoknya dapat jamu anak2 macam tu. Budak2 asrama kesian asyik lapar je.
ReplyDeleteAlhamdulillah . Kongsi rezeki ..diorang pun happy .. Kita pun sama-sama happy kan .
ReplyDeletealaaa.. bestnya dapat masak untuk anak dan jamu juga kawan² asrama.
ReplyDeleteTak dapatlah akak nak buat begitu.
Anak2 tuh selalu jujur. Kalo memang sedap pasti terlihat dari cara mereka makan, semangat sangat. Memang lah bagi yg memasak, LGS terhibur sangat, rasa capek masak bagai hilang ya kak. Semoga nanti acara beraya berikutnya lancar 👍
ReplyDelete