Tuesday, 9 April 2024

Cuti Raya & Balik Raya

Cuti raya untuk anak⁴ juga dah bermula. Seminggu je... 

5.4 | Jumaat anakanda berdua balik dari asrama. Kali ni jemput sebelum solat Jumaat, nak elak traffic jam menuju ke Tol Gombak. Alhamdulillah lancar. 

Hari yang sama, Majlis Penutup Ihya' Ramadhan. Kakak tak terpilih untuk khatam Quran kali ni, cikgu pilih  semua boys untuk tahun ni. Untuk pertandingan mewarna dan melukis poster pun anak² dara Ummi tak menang. Tapi, semua murid dapat hadiah; duit raya dari SRAI 😍

En Rizal Caterer hantar Daging Dendeng Walid tempah, dihantar juga lauk berbuka πŸ‘ Bubur Lambuk Atok Man bagi, last day kacau bubur lambuk untuk Ramadhan kali ni. Lagipun ramai dah berangkat pulang ke kampung, orang tak ramai itu yang AM bagi sampai 4 bungkus! Takde rezeki berbuka berbuka dgn  Uncle Alex di Intercont KL hari ni tapi rezeki lain pula yang sampai, alhamdulillah. 

Dugaan sebelum balik beraya, Tot kena jumpa Doc, pre mature labor. Alhamdulillah setel bab Tot baru lega nak balik raya... Story later ✌️

Tol Gombak 7.27 pg, 7.4.2024 (Ahad). Dah kenapa lalu sini? Haha... 

Okay kembali ke pangkal jalan... Masuk DUKE dah... 

Pagi 27 Ramadhan yang hening dan indah ♥️

Ipoh pukul 10.39. 
Alhamdulillah rezeki lagi tahun ni balik raya lancar macam tahun lepas. Memandangkan awal lagi, Walid ajak singgah Mydin Meru. Ummi onz je, tudung raya pun belum beli.  Lepas tu, boleh pulak lipstick pun tertinggal di rumah πŸ˜… Tapinya ramai sungguh umat dekat MM ni, tak jadi cari tudung. Masuk Watson's beli lipstick dengan lotion ja. Lotion pun tertinggal gak :( 

Layan lagu raya sepanjang jalan. Tapi tetap tak boleh lawan mata mengantuk. Jadinya 2x berhenti tidur kejap. Sekali di R&R Tapah dan sekali lagi di RnR Gurun. Dah sampai Gurun pun tak larat nak teruskan perjalanan 😁 But better safe than sorry kan... Alhamdulillah pukul 3.30 ptg selamat sampai di Jitra. 

Yang bermusafir, semoga selamat sampai ke destinasi. Fi hifzillah semua 🀲

P/S: Maaf sangat, tak sempat nak ziarah kawan² maya semua. Ramadhan dah nak berakhir, Syawal pula nak menjelma. Dalam memanfaatkan 10 terakhir Ramadhan, selit juga persiapan menyambut Syawal. 



10 comments:

  1. Comel Tot tu....alhamdulilah berkumpul semua....Happy.....Selamat Hari Raya PH dan family....

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti dan pulang ke kampung

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya and happy holidays, Puan Hazel and family! Tot is so adorable :)

    ReplyDelete
  4. Jauh perjalannya tu.
    Selamat Hari Raya kak,
    Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
  5. Jauh perjalanan luas pemandangan....Selamat Hari Raya PH

    ReplyDelete
  6. harap tot baik- baik sahaja ye...selamat hari raya PH, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  7. Saya pun gerak awal pagi Ahad...sahur di Tanjung Malim..Subuh di Tapah...Alhamdulillah lancar masa balik KL...huwaaaaaa😭

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tot dah baik kan.

    Beruntung lah tuh ga kena jammed ya kak. Kalo dah mudik biasanya ngerii jammed nya 🀣. Setidaknya kalo di sini betul2 harus kuat stamina πŸ˜…..

    Tapi tiap jelang lebaran, lagu2 yg saya suka putar di mobil pun lagu raya juga πŸ˜„ biar vibe nya tetap terasa.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dpaat cuti raya , balik raya . CCL tahun ni raya first kena kerja . Raya kedua baru dapat cuti .

    ReplyDelete