Saturday, 27 April 2024

Jamuan Raya SRAI & Halaqah UR @ 17 Syawal

26.4 | Jumaat

Hari ni SRAI buat jamuan raya. Tapi kali ni buat di kelas masing-masing saja dan menunya juga terserah kepada parents. 

Ummi masak Mee Goreng. 

Adik: Ummi, kesian kat Ummi, takde orang nak Mee Goreng Ummi. 
Ummi: Rugilah depa, mee Ummi sedap kot :p 
A: Tapi Ummi jangan sedih, Cikgu ambik 

😂😂😂

Kakak pun sama, Mee Goreng Ummi tu tak habis. Ummi tak kisah pun, dah memang banyak makanan pun. Kalau satu kelas 30 orang, 30 menu dah kan? Dan mestilah pakat serbu menu yang rare dan lebih menarik. Cumanya, next time mungkin pek dalam individual pack jadi senang anak² nak makan atau bawa balik. 

Makanan memang banyak, masing-masing bawa balik. Alhamdulillah kenyang Ummi pun tumpang makan :D 

Ustaz Rahim (UR), guru halaqah Abang pun buat makan² raya juga untuk anak¹⁰ halaqahnya. 

Ini pula hadiah Kakak dapat, sempena program NILAM. Dapat towel dengan cermin. 

Alhamdulillah rezeki anak² di hari Jumaat. 

9 comments:

  1. betul tu buat dalam bentuk pek siap bungkus plastik
    Senang mereka bawa balik

    ReplyDelete
  2. Kalau makanan banyak lagi, cikgu biasanya akan mintak pelajar bawak balik. Tak nak membazir.

    ReplyDelete
  3. seronok anak2.. semoga hbs semua makanannya anak2 yer..

    ReplyDelete
  4. Itulah setiap orang bawa juadah memang tidak termakan.
    Macam kitorang ada buat potluck tapi lain-lain macam ada bawa pencuci mulut, kuih raya/kerepek, air panas/sejuk,buah dan hamper.

    ReplyDelete
  5. Budak2 suka makanan yg fancy, tapi masa sy budak dulu, kalau ada mee goreng, tu yg sy ceduk dulu 🤭

    ReplyDelete
  6. Mungkin kawan2 sekelas anak2 PH tengok ada cili potong dgn daun sup tu rasa malas nak asing2kan tu yg tak ambik 😅 klu anak2 saya mcm tu, dieorg prefer cedok terus makan.

    ReplyDelete
  7. menarik nampaknya mi goreng tu.. belanjalah MY sepiring nanti..hahaha

    ReplyDelete
  8. Sedih pulak Adik kata macam tu. Dia risau umminya sedih.
    Takpe, bukan dorang tak nak makan tu tapi sebab makanan terlampau banyak.

    Idea individual pack tu nampak menarik, boleh diaplikasikan untuk jamuan akan datang.

    ReplyDelete
  9. sebab tu ammi selalu kalau potluck anak jarang2 buat menu mee/mihun sbb budak lebih prefer macaroni, spageti, kadang2 ammi beli keropok je

    ReplyDelete