Wednesday, 21 June 2023

Rendang Ayam Cili Padi + Pucuk Ubi


Semalam petik pucuk ubi, ingat nak rebus makan cicah budu je...Tapi, masa nak masak rendang ayam (takde idea dah nak masak apa lauk ayam ni) timbul idea nak masukkan sekali ke dalam rendang. Maka,terjadilah Rendang Ayam Cili Padi + Pucuk Ubi. 

Saja la mencuba resepi baru ni, untuk persediaan Aidil Adha minggu depan ☺️

Resepi: Rendang Ayam Cili Padi + Pucuk Ubi
Sumber: RASA

Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam 
½ kg santan
5 – 6 sudu besar kerisik
2 sudu kecil serbuk kunyit
3 batang serai (diketuk)
Minyak (untuk menumis)
Daun kunyit - ganti dengan daun limau purut (disiat)
Pucuk ubi - dibersihkan 
Garam
Gula

Bahan Kisar: 
2 biji bawang besar 
6 ulas bawang putih
Halia 
35 – 40 tangkai cili akar/ cili api (jika nak pedas, boleh tambah lagi) 
[Ummi letak 30 biji, tak pedas. Lain kali kena tambah lagi cili]
4 batang serai

Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk dan daun limau purut. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kunyit, gaul sebati. 
4. Masukkan ayam dan gaul sebati. 
5. Biarkan dalam 10 minit atau hingga ayam kecut. Kemudian, baru masukkan santan, kerisik, garam dan gula.
6. Masukkan pucuk ubi. Reneh hingga kuah pekat, kacau sekali sekala dan sesuaikan rasa. Dah sebati semuanya boleh tutup api. 

Alhamdulillah, sedap kejadiannya :) 
Rasa nak makan dengan pulut kuning, tapi malas la pulak nak membuatnya huhu ... 

Selamat mencuba 🤗

8 comments:

  1. betul sangat PH kadang buntu ayam nak masak apa..asyik2 masak kari masak kicap masak merah

    ReplyDelete
  2. uish..sedap sangat ni kak...

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa, tapi kak ana boleh agak memang sedap, nii kalau dapat ayam pencen ke ayam kampung ke lagu wow nii kan PH :)

    ReplyDelete
  4. Ah, ni tak payah pulut kuning, periuk nasi pun boleh bocor ni.

    ReplyDelete
  5. raya haji nanti plannya nak buat rendang kerang dengan lontong je... kita tengoklah apa je yang jadi nanti

    ReplyDelete
  6. Tunggu raya haji nanti bolehlah buat

    ReplyDelete
  7. Kalau rendang campur pucuk ubi ni fav Pak Zain

    ReplyDelete