Tuesday, 6 June 2023

Hotel Seri Malaysia Genting Highlands


Kami memilih Hotel Seri Malaysia Genting Highlands untuk bermalam semasa ke Genting Highlands  tempohari. Terletak di Gohtong Jaya, sebaris dengan deretan kedai-kedai lain. Depannya main road untuk naik/turun puncak GH. Dapat pula bilik menghadap main road tu, tadah telinga je la dengar deruman enjin kereta/motor hatta sampai tengah malam. 

Kami ditempatkan di bilik 131 pada mulanya. Bagi yang pernah menginap di HSM pasti sedia maklumlah condition bilik, perabot, susun atur dsbnya di rangkaian HSM ni. Kami pun tidaklah letak expectation yang tinggi, berdasarkan pengalaman sebelum² ni. Cuma, harap segala facilities yang disediakan dapat digunakan dan berfungsi dengan baik. 

Of course bila dah dapat kunci bilik kita excited-lah kan nak masuk bilik berehat, solat, qadha hajat dsbnya. Malangnya, apa yang diharapkan sedikit tertunda;

1. TV takde siaran. Terpaksalah Abang turun ke ground floor untuk cari maintenance staff. Phone dalam bilik tak berfungsi. Cepat staff datang, setel satu bab.

2. Masalah besar! Takde air di bilik air. Walid pula kena turun report. 

Then datanglah staff maintainence lain pulak, "Maaf Bang, bilik ni memang air problem. Abang tukar bilik ye, nanti bilik ready saya panggil. Tadi, staff bawah (regi) terlepas pandang agaknya bagi bilik ni ..."  

Malas nak bertekak, kemas barang pindah bilik. Alhamdulillah bilik yang kedua ni better dan paling penting ada air :D Luas juga, dapat solat berjemaah 6 beranak dalam bilik tu. View pun lebih cantik sebab di Tingkat 3, paling atas. Bilik kedua ni Ummi dah malas nak ambil gambar :) 

The red building at night 

Lobi cantik, luas dan nampak macam baru upgrade/refurbished 👍 Ada welcome drink juga. Surau, hall dan cafe; Temran Cafe juga terletak di aras ni..

Cafe luas dan cantik, cuma food selection quite limited. Tapi, worth la, kids pun bayar RM10/pax je. 

Adjacent to Temran Cafe is another cafe; Cafe Lemuni. Buka untuk lunch rasanya... 

 Sepanjang koridor hotel ni tempat ia beroperasi. 

Hotel Seri Malaysia Genting Highlands
11, Jalan Jati 1, Gohtong Jaya 
69000 Genting Highlands
Pahang Darul Makmur



 




13 comments:

  1. Jenuh kalau air tiada.
    Cantik juga lobi dengan cat warna-warni.

    ReplyDelete
  2. alahai...mcm mana la boleh terlepas pandang. nasi kena kat PH yg x byk ragam kan.

    ReplyDelete
  3. Alamak... mcm ni mmg x best la... nk rehat pun x puas lepas ronda-ronda kan... rasanya bilik yg kami duduk 1 queen 1 single di sarikei tu lg luas... harga rm190 semlm

    ReplyDelete
  4. bila air xda mestiii hilangg mood ye
    nampak cantik jga hsm ni

    ReplyDelete
  5. aduhai kacau mood sgh ye kita dah penat2 harapkan dapat bilik terus rehat..kami dah lama tak check in seri malaysia..

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi bercuti ke CH ni walaupun orang pahang. kali terakhir pergi zaman sekolah dulu, itupun sebab kursus

    ReplyDelete
  7. Memang seksa kalau menginap bilik aras rendah dan hadap jalan raya utama. Saya biasanya susah nak lelap kalau dapat bilik gini.

    Saya belum pernah menginap di GH. Mungkin satu hari nanti nak mencuba jugaklah.

    ReplyDelete
  8. Dah faham sgt kan HSM macam mana, smpi merajuk PH nak ambil gambar bilik kedua tu, hihi.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik bilik yang kedua tak bermasalah, kalau tak mesti PH dah banned duduk di hotel ni kan.

    ReplyDelete
  10. Hurm... sabar yolah! air takde di bilik hotel ini boleh mendatangkan marah. Kalau pergi GH selalu lalu je HSM ni sebabnya jauh dari puncak. Mrs. A lebih suka lepak di puncak gittewww...

    ReplyDelete
  11. masalah air mmg x bole bawa bincang hehehe... nasib baik la diorang alert walau sepatutnya bilik tu diorang patut tutup kat sistem kan... pape pun nasib PH n family enjoy staycation kat situ

    ReplyDelete
  12. aduh kalau takda air mmg susah arr. 1st dgr bilik hotel ada masalah air

    ReplyDelete
  13. dulu wak pun sukak lepak cari hotel HSM nih, tp skrg byk dh hotel2 bajet kat luar sana kann., hehe

    ReplyDelete