Thursday 29 June 2023

Raya Haji 1444H

Credit source.

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Untuk kesekian kalinya kami sambut raya haji di perantauan. Lebih meriah sebab dapat menyertai ibadah qurban bersama jiran-jiran dan ahli kariah surau. 

Juadah raya kami ...

Rendang Itik Ummi masak style Rendang Ayam Cili Padi. Ketupat Palas pula last minute baru order dengan Mama Kasih. Alhamdulillah ada stok lagi. Asalnya nak beli lemang je tapi rasa tak lengkap pulak raya takde ketupat palas ni. Ummi rebus guna Pressure Cooker (Phillips) cepat dan cantik hasilnya. 

Masak juga nasi putih dan sambal bilis. Lepas solat raya the boys nak tumbangkan lembu jadi kena cukup tenaga 💪

7.40 dah bergerak ke surau. Ngam pukul 8 Tok Imam dah bagi instructions untuk solat raya. 

Sedap suara Ust Aliff Al Hafiz ni. Rasa sekejap je solat dek kusyuk dengar bacaan Surah Al A'la dan Al Ghaasiyah yang dialunkannya. 

Lepas solat, tengok lembu korban. Tahun ni ada 3 ekor lembu sado. Satu bahagian qurban RM2,000.00. Lembu biasa pun ada, 7 ekor. Kambing pun 7 ekor juga. Walid bertugas jaga lembu seekor dan kambing seekor. Abang pula jadi peserta qurban, kena uruskan lembu qurbannya seperti melapah kulit, hiris daging dsbnya. Angah pula jurugegas merangkap tukang jaga beg Walid :D 

Dengan kakak depa, Mel :) 

Khabarnya 800 kupon disediakan untuk agihan daging korban. Selain tu ada bahagian untuk peserta qurban dan petugas. 

Berkat menabung dapatlah kami ambil satu bahagian qurban, alhamdulillah. 

Sementara the boys sibuk menguruskan qurban di surau, Ummi sempat pula meraikan tetamu dan keluar beraya :D 

Goreng bihun untuk Geng Main. Meriah rumah kami dengan kanak² Ribena :D Mel bawa cousins dia datang beraya sekali. Lepas tu pakat melepak tengok telefilem "Kuba Guling, Karipap Pusing" haha... 

Cik Ana dan Mak Bee datang beraya. Cik Aida pun... 

Aneka kuih raya buah tangan dari Cik Aida. 

Kemudian, kami balas kunjungan Cik Ana pula...

Makan nasi hujan panas di rumah Cik Ana. Kek buah tu Cik Ana buat. Sedap, takde bau atau rasa tengit. 

Alhamdulillah urusan qurban selesai menjelang Zohor. Jamuan makan diadakan selepas solat Zohor. 

Lauknya Sup Tulang dan Daging Masak Kicap. 

Alhamdulillah, meriah raya haji kami. 


8 comments:

  1. Alhamdulillah, merasa daging korban tahun ni. Selamat Hari Raya Aidiladha sis PH & keluarga 😊

    ReplyDelete
  2. Kami tak kemana , tapi gagah jugak masakkan daging untuk anak anak . Adalah vibes raya sikit kan ada daging hehe

    ReplyDelete
  3. Meriahnya raya.. anak2 tentu paling seronok.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga bahagia selalu.

    ReplyDelete
  5. tak balik kampung pun dah meriah ni PH...seronok baca suasana raya dekat sana

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... meriah dan bermakna sambutan aidil adha thn ni... semoga ibadah korban kita diterimaNYA

    ReplyDelete