Sunday, 18 June 2023

Naan Cheese Garlic

Ada yang sebut Naan Cheese Garlic, ada yang Garlic Cheese Naan, ada juga Naan Garlic Cheese :D Tak kisah, janji anney yang ambil order tu faham, ye dak? Haha... 

Gara² tengok entry Mak Cella makan NCG ni Ummi pun tiba² teringin juga 🀭


Malam tadi Walid bawa ke Nas Bistro, supper. Kasar² hirisan garlic ditabur atas roti tu. Lain dengan NCG yang MC makan. Lain tempat, lain rupanya dak.. Yang ni rotinya cukup lembut, cukup rasa kecuali cheese :D Tak berasa sangatlah cheese-nya tu. Tapi, tetap layyyan... Ganding dengan ayam tandoori. Ayam sedap πŸ‘

Depa dua dengan Kakak nak roti tisu... Roti tisu ni tebal sikit, tisu dapur kot :p Tapi, the kids enjoyed it very much, that's matter. 

Keluar ni selain nak makan NCG ni, nak cari kasut futsal untuk Abang. Siang cari di Bolton, ada kedai bundle kata Walid. Anak teruna sorang ni kaki saiz international, susah cari kasut 😬 Rupanya kedai bundle ni dah tak wujud :( 

Malam sebelum lepak di Nas Bistro, cuba cari di Uptown depan CIMB, takde juga. Kasut budak² je. Pergi Conelli, pun takde saiz. 

Tapi, dah rezeki dia... Singgah Al Ikhsan sebelum balik ke asrama tadi, adalah kasut idaman tu...

Bagi RM100, baki singgit je 😌

Jaga elok² ye Abang... 

10 comments:

  1. Tak silap minggu lepas nampak Mama Cella share entri naan cheese garlic. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sy ikut teringin tu Kak Amie :D

      Delete
  2. Saya pun suka naan cheese garlic tapi cuma kalau disapu dengan garlic spread. Kalau tabur bawang putih kasar atas tu, tak reti makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, depa letak chopped garlic...
      PH layan je hehe...

      Delete
  3. cheese naan sedap nyaa.. makan plak ngan ayam tandori.. peerghh

    ReplyDelete
  4. Tidak pernah lagi makan nan bawang putih keju. Hehe sama ada nan biasa atau berkeju sahaja.
    Bileh bayang sedap makan bayang putih mentah atas nan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg guna chopped garlic, ada yg guna garlic spread NA... dua2 pun sedap bg saya

      Delete
  5. Lama x makan Naan Cheese...dulu ngan BF lama rajin pekena...hahaha...

    ReplyDelete
  6. biasa mkn cheese naan original tp ada kwn kenalkan garlic cheese naan kt 1 restaurant pakistan mmg sedap....kalo pegi mmg order sokmo yg garlic cheese naan

    ReplyDelete