Gambaq kelabu asap takleh bincang 😂
Tapi sedap dan menjadi hasil cubaan Daging Masak Hitam resepi Che Nom ni. Sebelum ni pernah masak lauk ni tapi resepi Che Nom ni paling menjadi setakat ni.
1. Tumbuk halus bawang merah + bawang putih utih + halia
2. Gaul daging yang telah dihiris (Ummi rebus dulu) bersama bahan tumbuk 👆 + serbuk ketumbar + serbuk jintan manis + serbuk jintan putih + kicap manis + sos tiram secukupnya. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Panaskan minyak; tumis daun pandan + serai (dititik) + kulit kayu manis + buah pelaga + bunga cengkih + bunga lawang hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili garing
5. Masukkan tomato yang dihiris kecil dan tumis hingga tomato layu. Boleh juga guna tomato puri.
6. Masukkan daging yang telah diperap tadi dan gaul sebati semuanya.
7. Tambahkan kicap manis secukupnya. Bila dah sebati semuanya dan secukup, rasa tutup api. Siap!
Pulut Kuning dan Kari Ayam masa makan-makan di rumah raya ke-13 tempohari masih berbaki. Ummi simpan dalam freezer dan panaskan (kukus semula), alhamdulillah masih elok dan sedap rasanya.
Kebetulan ada sambal ikan bilis, memang kena sangatlah makan dengan pulut kuning ni. Lauk Daging Masak Hitam ni pun sedap juga dimakan bersama pulut kuning.
Resepi Daging Masak Hitam Che Nom klik: SINI
Selamat mencuba 🤗