Saturday, 1 January 2022

Wedding Anak Tn Hj Amir

1.1.2022 

Langkah kanan kami di tahun baru... Hari pertama tahun 2022 kami menghadiri majlis perkahwinan anak Tn Hj Amir di Cheras. 

Sebab dah lama tak makan nasi kenduri,  kali ni ambillah sepinggan. Selalu Ummi prefer nasi putih hatta di majlis kenduri pun. 

Kali terakhir Ummi attend kenduri 1.1.2021, kenduri kesyukuran di rumah Paklong. Sepanjang tahun lepas tak attend mana-mana kenduri. Walid adalah sekali sekala menerima jemputan dari jemaah surau. Itupun dalam skala kecil dan selepas PKP dilonggarkan. 

Pelamin yang cantik. Dewan ni pun cantik, decor cantik dan suasana sangat selesa. Dari segi makanan, memang meriah! Kiosk takoyaki pun ada tau! 

Didoakan agar berbahagia dan kekal berjodohan untuk kedua mempelai hingga ke syurga  Tahniah sekali lagi untuk Tn Hj Amir sekeluarga. Terima kasih daun keladi atas jemputannya :) 

Sebelum ke sana, kami anak beranak bergotong royong bersihkan koleksi tipuware Ummi. 

Dah macam rewang kenduri 😂

Seminggu kami balik kampung, rupanya Cikti bermaharajalela di dapur 😬 Mula tu Ummi terserempak dengan seekor, besar macam anak kucing. Yang ni takpa, dia nampak kita dia lari. Ada lagi seekor, kecik. Tapi yang geram (geli sebenarnya) suka menampakkan diri bila kita memasak ke, membasuh ke di sinki... Selamba je lalu tepi tingkap atau tepi dapur gas tu. 

Bila nampak je tikus dalam rumah, cepat-cepat Ummi letak ubat tikus. Ummi umpan sisa makanan dalam bekas sampah then taburkan ubat tikus tu atasnya. Tak tunggu lama, tikus besar tu dah tak nampak. Tau-tau je bau busuk satu rumah. Cari punya cari, rupanya dia mati dalam kabinet Ummi simpan bekas plastik. 

Ingatkan dah setel ... Tapi bau busuk masih ada. Selepas belek segala sudut, ceruk di dapur tak jumpa apa dah. Maghrib tadi terlintas nak angkat pelapik tong sampah. Amik ko, dah berulat bangkai tikus kecik tu! Entah macamana tak perasan tempat ni, tak tahulah. 

Alhamdulillah, setel juga masalah tikus dan bau busuk yang menghantui kami sejak beberapa hari lalu. 

Hokkaido cake ~ rezeki untuk anak4 hari ni. Ada member baker buat fast sale. Ummi grabbed untuk anak4 sebekas. 




11 comments:

  1. Saya belum berkesempatan pergi kenduri kahwin. Harap dapat nanti.

    ReplyDelete
  2. Kami pun sempat pi kenduri kawin 1/1/22.

    ReplyDelete
  3. Cantik pelamin, meriah majlis. Siap ada takoyaki ye.

    ReplyDelete
  4. Isu cikti bermaharajalela mmg sakit ati kan.. Dh pernah terkena dulu.. Jenuh nak mengemas bau busuk nya..

    ReplyDelete
  5. tahniah buat mempelai
    Selamat tahun baharu 2022

    ReplyDelete
  6. Selamat Pengantin Baru.. kalau ke majlis perkahwinan sy mesti ambil nasinya yg istimewa.

    Nasib baik jumpa bangkai Cik Ti tu.. hurmmm.. paling risau bila dia berjaya masuk rumah kita.

    ReplyDelete
  7. Biarlah busuk sekejap janji puas dan lega dapat lihat bukti cikti dah wassalam...Kalau tak selagi tu jiwa tak tenteram kan...

    Alhamdulillah...dapat makan kenduri kahwin yang kebanyakan kita dah rindu..

    ReplyDelete
  8. Saya tiada jemputan kenduri 1/1/22 tetapi ada rezeki dapat lauk kenduri :)

    Selamat tahun baharu 2022, kak!

    ReplyDelete
  9. seronoknya tahun baru pergi makan kenduri. Kita makan dekat rumah jer. Hu3 😂.

    Apa-apa pun selamat tahun baru 2022 😊💕

    ReplyDelete
  10. Aduyaii lemah betul kalau ada tikus Mati sampai berulat

    ReplyDelete