Tuesday, 18 January 2022

Melawat Kapal Korek Tg Tualang No 5 aka TT5

Perjalanan dari Batu Gajah ke Kampar melalui jalan dalam akan menemukan kita dengan tempat tarikan pelancong yang dikenali sebagai Kapal Korek Tg Tualang No 5 (Tg Tualang Tindredge No 5) aka TT5. 

Dah lama tahu kewujudan Kapal Korek Tg Tualang ni tapi tak terfikir pun nak melawat ke sini. Adalah sesekali nampak signboard-nya bila ke Ipoh atau Lumut. Ingatkan jauh ke dalam sangat... Rupanya boleh nampak dari tepi jalan je...

Jalan belakang tu lah main road ke Kampar, Gopeng, Malim Nawar.. . 

Jadinya kami tak lepaskan peluang untuk tengok kapal korek ni. Ingatkan sekadar tengok dari luar, rupanya boleh naik atas kapal korek ni! Ada guided tour lagi... 

Harga tiket. 

Selain TT5, kita juga boleh melawat Maze Park yang terletak bersebelahan TT5. Kami beli tiket kombo; 3 dewasa + 3 kanak-kanak. Dapat sekali 4 keping postcard dan 3 bungkus makanan ikan. Dalam lombong ni banyak ikan 

Sementara Walid beli tiket, kami tinjau galeri dulu...

Inilah bijih timah! 

Opah-opah kita dulu mendulang biji timah guna dulang kayu ... Macam kat bawah ni...

British mai terus bawak kapal korek sebesar alam...

TT5 ni saiz M (sederhana), ada lagi kapal korek lebih besar darinya. Lagi banyak bijih, lagi besar kapal korek ditempatkan di situ. Habis hasil bumi kita depa angkut balik negara depa 😬

Menurut En Amir, tourist guide kami TT5 ni ialah kapal korek ke-5 dibawa masuk ke negara kita, dari 115 kesemuanya. Sebab tu dipanggil TT5. Tempat pemasangannya di Gopeng. Bila harga bijih timah jatuh sekitar tahun 1982, semua kapal korek ni dijual atau dipindahkan ke luar negara dan ada juga dijual sebagai besi buruk. TT5 juga hampir dijual tetapi Sultan Perak ketika itu mengusulkan agar disimpan dan dijadikan sebagai muzium/tempat lawatan untuk generasi akan datang. Sekarang TT5 dijaga oleh MBInc, anak syarikat kerajaan negeri Perak. 

Satu lagi kapal korek yang tinggal di Malaysia ialah TT2 di Dengkil. Tapi, khabarnya ia dibiarkan begitu sahaja. Tempat orang merakam aktiviti paranormal katanya. 

Basket pengorek bijih ni berat 2 tan sebiji. Senang-senang boleh dapat 2000 ringgit kalau jual di kedai besi buruk, kata En Amir  :D 
Besi padu tu... 

Setiap pelawat wajib pakai topi keselamatan. TT5 ni dah berusia lebih 80 tahun. Ianya bukan replika tapi kapal asal jadi struktur kapal ada yang dah berkarat, berlubang, crack dsbnya. Dari 3-4 tingkat, hanya ground floor dibuka untuk pelawat. Walaupun usang dan rustic, tapi nampak kukuh sebab komponen kapal semuanya dari besi padu. Tapi, hari demi hari tetap ianya dimamah usia. Kata En Amir, satu hari nanti TT5 pasti tak dapat berkhidmat lagi :( 

Tongkang yang digunakan untuk mengangkut pekerja dan bijih suatu ketika dulu. Jambatan besi tu dibina untuk kemudahan pelancong. Dulu-dulu takde .. 

Group kami ada 20-25 orang. Ada 2 keluarga Melayu termasuk kami dan selebihnya kaum Cina. Maknanya mereka pun mahu melihat tinggalan sejarah nenek moyang mereka. Pekerja lombong ni dulu terdiri dalam pelbagai kaum. Mula-mula ketuanya orang Inggeris tapi lama-lama jawatan supervisor diberi kepada orang tempatan. 

Kapal korek ni bising bila bekerja. Jadi, untuk panggil pekerja meeting, kena pukul gendang besi ni... Ada 80 orang pekerja yang bekerja secara shift

Bilik Kapten kapal. Anything went wrong, dia jerit je dari atas tu .. Ada berlaku beberapa insiden termasuk melibatkan kemalangan jiwa. Kapal korek ni ibaratnya macam kilang juga... Masa tu pula semuanya dibuat secara manual, more prone to injury/negligence etc ...

Meja & bangku tu yang asal katanya... Tempat makan pekerja. Depa bawa bekal dari rumah sebab sepanjang bekerja +-8 jam/shift depa duduk atas kapal sahaja. Tandas? Ada kat hujung kapal, dinding besi gitu je. 

Yang menjulur ke depan itulah 'longkang', membawa segala bahan; pasir, tanah yang telah diasingkan dari bijih, emas dsbnya. Kadang-kadang dapat juga emas di sini.

Railing asal (warna kuning) masih dikekalkan w/pun ada cadangan untuk letak rail yang lebih kids friendly. Sebabnya nak kekalkan keaslian struktur kapal. Jadi, parents kena extra careful bila bawa anak-anak. Takut tergelincir ke dalam lombong! 

TT5 ditemukan di lombong sebelah. Kemudian ditunda ke tempat sekarang dan ditambak semula tanah sekelilingnya. Yang kuning di seberang sana tu water pump. Setiap hari air dipam dari lombong sebelah untuk memastikan paras air mencukupi untuk TT5 terapung. 

Pontoon ni yang pastikan kapal korek ni kekal terapung. 

Tempat pengumpulan bijih/emas. Bila dah penuh, depa sangkut pada tali besi, angkat ke atas dan lalu thru rail merah tu then masukkan ke dalam tongkang yang menunggu di kiti kanan kapal. Ummi rasa tongkang lebih besar dari gambar atas tadi tu, sebab sekali bawa keluar tu bertan-tan juga. Nanti tenggelam pula tongkangnya kan? Pekerja yang keluar masuk bilik ni kena body inspection, takut sorok bijih/emas dalam baju/seluar. Benda berhargakan... 

Panjang lebar Ummi bercerita, cukuplah kan... Banyak lagi cerita menarik di sini. Kala nak tahu, kenalah datang 😉 Tour ni selama 1 jam, memang puashati sangat. Tak terasa pun masa berlalu sebab seronok dengan cerita En Amir. Pengalaman baru, pengetahuan baru itu yang jadi seronok 


Tanda kenangan; T-shirt, fridge magnet dan postcard. 

Next episode, kita ke Maze Park pulak ye :)

14 comments:

  1. Menarik! Saya yang baca ni pun dah macam ikut tour sekali.
    Memang dah lama ada keinginan nak ke sini, tapi belum sampai.
    Mesti tinggi kos selenggara, kena cepat melawat sebelum segalanya berkubur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)
      Betul, maintenance cost sangat tinggi, itu antara punca TT5 akan berkubur :(

      Delete
  2. Replies
    1. Silakan, sgt berbaloi utk dilawati.
      Benda rare kata suami PH :)

      Delete
  3. Wah,nostalgianya kapal korek tu...
    Teringat buku teks Sejarah ke Goe ke masa saya sekolah rendah memang ada gambar kalap korek ni la kat kulit buku...Masih terbayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat ingatan MC, PH dah tak ingat dah rupa buku teks sekplah haha...

      Delete
  4. Elok ke sini dapat maklumat berguna sambil lihat depan mata.

    ReplyDelete
  5. Menarik juga datang sini boleh masuk sekali dengan siap guide. Bolehlah tahu serba sikit tentang prosesnya. Luas juga kawasan kat sini. Mesti 1 jam tour rasa tak puas kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapal ni tak besar mana Fiza, tapi penerangan yg diberi terperinci & teratur. Kita jadi seronok mendengar. Cuma, agak panas bagi kita yg tak biasa pakai topi keselamatan tu ;)

      Delete
  6. menarik lah.. tpi seram nak bawa askar2 yang ligat berlari dan melompat tu. aihh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk Ily, kena tunggu anak6 besar sikit dulu kot :D
      Sbb dlm tu agak panas dan selain safety issue.
      Tapi, Maze Park dia sesuai sgt for kids...

      Delete
  7. Tak pernah tengok bijih timah.
    Hanya melihat dan membaca melalui buku Sejarah dan dan Geografi (dulu dipanggil Imlu Alam) saja.

    ReplyDelete
  8. Sy pun kali pertama tengok bijih timah Kak Amie :)

    ReplyDelete