Wednesday, 19 January 2022

Hadiah Teka Daerah ☺️

Gembiranya hati bila hari ni terima bungkusan hadiah dari Kak Amie Little Kitchen nun jauh datangnya dari Lahad Datu. Terima kasih yang tak terhingga atas kiriman hadiah ni. 
Jazakallah Kak Amie ๐Ÿ’

Sekadar suka-suka meneka daerah percutian Kak Amie hujung tahun lepas, alhamdulillah 'sangkut' satu daerah iaitu Papar. Sepanjang mengikuti coretan di blog Kak Amie, belum pernah rasanya beliau bercerita tentang Papar. Jadi Ummi tekalah Papar.  

Rezeki nak terbang ke Negeri di Bawah Bayu belum ada, jadi kita baca pengalaman orang dulu, sambil berangan :) Yang paling diimpikan pastinya Sabah road trip. One day, ุงู†ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ 

Komen Ummi yang berjaya menambat hati juri haha....

Kain batik tu cantik sangat... Abang cakap lawa sebab warna biru, warna kesukaan dia .. 

Butang baju Melayu ni jadi rebutan Abang dan Walid... Pakat oh-som la jawabnya :D 

Buku ni untuk bacaan anak-anak kata Kak Amie... Tq sangat sebab anak4 Ummi memang suka buku. Adik pun dah pandai membaca jadi seronok dia dapat buku. Kakak lagi 'hebat'... Esok exam BA, dia letak buku ni dalam buku teks BA pastu ralit je baca buku Ummi dapat ni ๐Ÿคฆ Dia ingat Ummi tak tau taktik dia ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ini kali kedua Ummi dapat hadiah dari Kak Amie. Dulu Ummi joined GA sempena 1st birthday Firdaus, anak bongsu beliau. Ummi dapat rantai tangan mutiara & kain batik cantik juga. Alhamdulillah kali ni tertulis rezeki untuk Ummi lagi. 

Serangkap pantun untuk Kak Amie; 

Kain batik cantik sekali
Rantai mutiara penambah seri
Terima kasih daun keladi
Ada rezeki menang lagi 

Didoakan agar beroleh rezeki yang luas lagi berkat buat Kak Amie sekeluarga aamin ๐ŸŒน

19 comments:

  1. Seronokkan dapat hadiah. Batik kita warna hijau, antara warna yang dekat di hati, macam tau2 saja Kak Amie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat hehe...
      Tahniah utk SK juga :)

      Delete
  2. suka tgk mutiara tu... tahniah PH :)

    ReplyDelete
  3. Wow!Alhamdulillah dapat hadiah. rezeki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat pula dari rakan blogger, lagi rasa special :D

      Delete
  4. wah..cantik. alhamdulillah, tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq MA :D
      Best dapat hadiah. esp from rakan blogger yg hanya kenal di alam maya...

      Delete
  5. tahniah!
    suka nyer butang baju melayu tu. mutiara :)

    aida ada a set of brooch mutiara.
    asben beli kan 2 thn lepas, time dia daki gng kinabalu.
    tapi tak tau plak ada butang baju melayu mutiara!
    cantik! ekslusif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, PH pun ada gak brooch mutiara... dulu2 husband selalu outstation ke Sabah...

      Bolehlah melaram raya ni, hopefully :D

      Delete
  6. Saya pun sudah dapat. Baru hendak cerita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu NA yg dapat hadiah, alhamdulillah kali ni ada rezeki PH juga :D
      Congrats juga utk NA!

      Delete
  7. Sama....tak pernah ke Sabah lagi.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Tahniah kak ๐Ÿ’

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Kiriman sampai dengan selamatnya.

    ReplyDelete