Monday, 3 January 2022

Baru Nampak Matahari


Hari ke-3 di tahun 2022 baru nampak matahari 🌞 Itupun sekejap je muncul, banyaknya diselubungi awan hitam.

Apapun tetap bersyukur dengan aturan-Nya. Tempat lain hujan tak berhenti dan banjir. Semoga mereka yang telah dan sedang berhadapan dengan ujian banjir, diberi kemudahan dan kekuatan besar untuk meneruskan hidup. 

Hari ni 3.1 juga Adik kembali ke sekolah, untuk penggal ketiga persekolahan tahun 2021. Tapi sebab belum naik kelas, gambar pun takdelah... Tak rasa excited macam tahun-tahun sebelum yang mana awal tahun ialah masa anak-anak naik darjah. 

Takde gambar Adik, gambar cendawan Adik pun ok kan? 

Dari tepi tingkap terus ke periuk ... Gittewwww... 

Menu kedua, Peria Katak goreng garing.

 Bancuh Tepung Bestari dengan sedikit air then celup peria tu. Goreng hingga garing. Sedap! Ratah pun sedap ni. Peria tu rendam dulu dalam air. Kemudian masukkan garam. Biar seketika. Tujuannya nak kurangkan rasa pahit peria. 

Ini pula Cekodok Pisang...

Cekodok pisang ni lawan dengan kopi O fuhh 'terangkat'. Hujan-hujan pulak tu :p 

Akhir kalam, Ummi share sini info puasa sunat dari status WA kawan Ummi, untuk manfaat semua.


Tahun ni Ummi takde azam nak diet untuk kurus. Mana nak kurusnya, setakat azam je. Tindakannya asyik ke laut dalam je haha... Baiklah puasa, dah tentu-tentu tak boleh makan sampai azan Maghrib. Dari segi kesihatan pun besar manfaat puasa ni. Selain manfaat, pahala pun dapat انشاء الله. 

Tahniah kepada yang berpuasa hari ni. Moga istiqomah aamin 🌹





10 comments:

  1. Betul tu takde rasa excited shopping barang sekolah. Ada kasut baru je sebab yang lama dah tak muat.

    Sedap betul cekodok tu. Dapat sepinggan kejap je habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 PH alhamdulillah muat lagilah semuanya :)

      Delete
  2. Amboi, tayangan makanan dia seceria matahari. Tadi, balik kerja, matahari bersinar dengan kepulan awan macam kat Kashmir, hihi.

    ReplyDelete
  3. InshaAllah nak puasa jugak, terima kasih atas peringatan.. Bestnya cendawan dari kebun sendiri. Selamat tahun baru PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru BP :)
      Jom kita amalkan sama-sama... azam baru Insha Allah

      Delete
  4. Sini mendung, matahari tidak berapa kuat. Hehe aduh susah kadang-kadang untuk laksa puasa sunat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun baru ni semangat lagi NA, jom kita :)

      Delete
  5. Woh sedap tu peria goreng tepung

    ReplyDelete