Friday, 28 January 2022

Char Kuey Teow Resepi Che Nom

Dah lama tak makan char kuey teow ni... Bila ada kerajinan tu, kita masaklah sendiri... 

Godek-godek jumpa resepi char kuey teow padu Che Nom. Ummi buat untuk sarapan jadi preparation buat petang sebelumnya. Preparation yang dimaksudkan tu ialah prepare stok udang dan kisar bawang-bawang je :) Breakfast kena ready by 6.00 am sekarang ni sebab Subuh masuk lambat. Jadi, makan dulu baru solat. Kalau masuk waktu awal, solat dulu. Gitulah kita sesuaikan masa sebab kalau keluar rumah 6.45 tu kira lewat dah nak ke sekolah. 

Walaupun agak renyah, kena sediakan stok udang dan sos char kuey teow tapi resepi ni berbaloi untuk dicuba. 

Resepi: Char Kuey Teow 
Sumber: Che Nom

Bahan Kisar Halus (A)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit air

Bahan Stok Udang (B)
Kulit/kepala udang
Air
# Rebus hingga mendidih dan kisar halus. Tapis dan simpan stoknya. 

Bahan Sos Char Kuey Teow (C)
2 senduk cili kisar
1/4 cawan kicap manis
6 sudu besar kicap cair
4 susu besar sos tiram
1 kiub ikan bilis
1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan) - Ummi tak letak
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Sos char kuey teow

Bahan Lain (D)
Sedikit minyak
1 pek kuey teow 
Udang yang telah dikopek dan dibuang kepala (kulit/kepala dijadikan stok udang 👆)
1 ikat kucai - bersihkan dan potong 
1 mangkuk taugeh - buang kepala, bersihkan dan tos
Telur

Cara-cara
1. Mula-mula kita sediakan sos char kuey teow dulu;
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus (A) hingga kekuningan
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
- Masukkan kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato (boleh ganti asam keping atau cuka) dan semua air rebusan udang/stok udang tadi (B)
- Masukkan kiub ikan bilis.
- Tambahkan petis (boleh ganti dgn sedikit belacan) jika ada
- Masak sampai mendidih
- Perisakan dengan garam dan gula . Ketepikan. 

2. Untuk menggoreng kuey teow;
- Bilas kuey teow dengan air dan toskan
 - Panaskan minyak
- Masukkan udang dan kacau hingga isi udang bertukar warna
- Masukkan dua senduk sos char kuey teow tadi beserta air 
- Masukkan kuey teow. Gaul sebati
- Masukkan taugeh dan kucai. Kacau lagi
- Masukkan telur, kacau sebati
- Perisakan dengan garam jika perlu

# Che Nom masak sepinggan-sepinggan tapi Ummi masak sekuali terus. 
## Tambahkan sos kuey teow dari masa ke semasa untuk jadikan kuey teow basah/berkuah
### Boleh juga disudukan sos kuey teow sewaktu menghidang

Selamat mencuba 🤗

6 comments:

  1. Teringat zaman Iman sek dulu, kalu subuh lewat, dah siap pakai baju kerja, mekap dan bertudung, baru solat. Kalau tggu nak solat dulu, memang lambatlah. Tak pernah cuba mana2 resepi Che Nom, ramai kata sedap, mungkin kalau ada kerajinan akan datang boleh cuba ni. Nampak sedap bila PH memasaknya.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya char kuew teow. Dah lama tak membuat CKT. Suka gak tengok tengok resipi Che Nom. Mudah nak follow. CKT ni sedap buat sepinggan sepinggan. Pernah juga buat sekuali. lain sikit rasa dia.

    ReplyDelete
  3. Char Kuey tiaw - favourite saya ni tapi dah lama tak makan ni

    ReplyDelete
  4. Di rumah ini selalu juga masak kuetiau untuk sarapan.
    Oh resip nya guna petis. Nampak banyak bahannya.

    ReplyDelete
  5. sedapnya ckt.
    semalam mcm teringin nk masak. tapi kuar masakan lain dari dapur.
    ekeke

    ReplyDelete