Wednesday, 10 February 2021

Resepi ~ Udang Sambal Tempoyak Petai

Asalnya Ummi beli udang untuk dibuat sambal tumis bersama petai. Tapi, sambil  menunggu azan Zohor semalam,  terpandang di kaca TV, pelawak Ali Puteh sedang bersiap hendak memasak. Tak ingat apa nama program tapi Ali dengan rakan pengacara tangkap sendiri ikan, udang yang hendak dimasak. Rancangan pancing-memancing gitulah.

Sedap pula nampaknya menu yang dimasak oleh mereka; somtam, ikan selar goreng bersama rebung madu dan Udang Sambal Tempoyak Petai yang Ali masak tu. Memandangkan semua bahan dah ada, Ummi terus cuba. Sekejap je dah siap sebab cili hijau kisar yang ditumis ni tidak mengambil masa yang lama untuk pecah minyak, berbanding menumis cili kering kisar. 



Menu: Udang Sambal Tempoyak Petai
Sumber: Ali Puteh

Bahan-bahan 
Udang 
Tempoyak 
Petai
Segenggam cili padi hijau 
7 ulas bawang putih
1 batang serai - dititik
Garam, gula secukupnya 
Sedikit serbuk kunyit 
Air
Minyak untuk menumis 

Cara-cara 
1. Kisar cili padi & bawang putih. Kisar dengan sedikit air sahaja. (Ummi guna chopper) 
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan keluar minyak. 
3. Masukkan tempoyak. Gaul sebati. 
4. Masukkan udang dan sedikit serbuk kunyit (untuk warna lebih menarik). Gaul sebati. 
5. Tambah sedikit air. Kacau agar tempoyak tidak berketul-ketul. 
6. Renehkan hingga udang masak (bertukar warna kemerahan). 
7. Masukkan serai yang dititik dan perisakan dengan gula dan garam secukupnya. 
8. Biarkan seketika. Tutup api. Siap! 

Mula-mula tu ragu-ragu juga khuatir anak-anak dan Walid tak makan sebab ada tempoyak. Depa tak suka tempoyak sebenarnya. Tapi, bila Ummi tengok pinggan lauk tu licin, sukalah tu kan 😉

Apa kata kawan-kawan cuba resepi ringkas tapi sedap ni? Sesekali kita layan pula udang masak sambal tempoyak, instead of sambal tumis. Sedar tak sedar, asyik bertambah je nasi tu :P


5 comments:

  1. Kecurnya tengok udang sambal tempoyak ummi, mahu bertambah nasi ni

    ReplyDelete
  2. Wah sambil tengok sempat salin resipi.
    Aduh suka lauk tempoyak.

    ReplyDelete
  3. Fullamak! Punyalah sedap udang sambal tempoyak dengan petai. Saya ada udang dan tempoyak, petai jew yang takde.

    ReplyDelete
  4. sedapnya PH lama tak makan petai :)

    ReplyDelete
  5. Nasib baik wak tak makan tempoyak
    Petai pun tak makan
    Udang makanlah

    ReplyDelete