Monday, 15 February 2021

Abang ~ Status Permohonan ke Sekolah Menengah

Hari tu Ummi catatkan tentang permohonan Abang ke sekolah menengah. Kali ni Ummi nak rekodkan status permohonan-permohonan tersebut untuk kenangan kami. 

1. Permohonan untuk Feeder School (diuruskan oleh pihak sekolah) 

Kecewa! Sebab lain yang diharapkan lain yang dapat :( Abang ditempatkan di SMKSK instead of SMKSP sebagai sekolah feeder. Frust-lah Ummi sebab SMKSP ada asrama, berstatus sekolah bestari dan dekat je dengan rumah. Hari-hari Ummi boleh singgah jenguk haha... 

Surat penempatan di SMKSK diterima (diambil di sekolah) pada 25/12/2020 

Terfikir juga nak buat rayuan, tapi ambil masa dan saingannya juga sengit. Tengoklah ni, SMKSP sekolah hot... 

SMKSK bukan tidak bagus. Guru-guru semuanya hebat cuma cabaran dari persekitaran kurang memberangsangkan. 

2. Permohonan (online) ke MRSM (diuruskan sendiri) 

Alhamdulillah Abang dah ambil Ujian Kemasukan ke MRSM (UKKM) bulan lepas. Sekarang ni menunggu keputusan sama ada berjaya @ tidak. Keputusan bulan 3-4 ni. 

Kenangan di MRSM Jasin. 


3. Permohonan KAA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaa(SABK) - diuruskan oleh pihak sekolah 

Permohonan Abang untuk masuk Kelas Aliran Agama (KAA) juga gagal. Hanya 2 orang sahaja dari SRAI dapat direct ticket ke KAA. Yang selebihnya terpaksa ambil placement test di sekolah feeder masing-masing. 


Lebih mengecewakan, permohonan ke MITS dan SAM Muhammadiah (aliran tahfiz) bukan saja tak berjaya. Tak dipanggil untuk iv pun! Entah dimana silapnya, tiada seorang pun dari sekolah Abang dipanggil untuk iv. Terasa sangat pelik di situ :p 

Sangat tertekan masa ni sebab semua hal yang kurang best ni berlaku back to back. Risau sangat Abang tak dapat ke sekolah pilihan. 
 
Alhamdulillah, bila result JAIS keluar, Abang berjaya dalam permohonan ke Sekolah Agama Menengah (SAM). Alhamdulillah syukur. Offer tersebut kami terima dengan besar hati. Jika ditolak, maknanya Abang terpaksa bersekolah di SMKSK sambil menunggu tawaran dari MRSM atau SBP yang khabarnya bulan 3-4 nanti baru tahu keputusannya. Jika buat rayuan untuk ke SMKSP begitu juga prosesnya; kena tunggu ada kekosongan; jika ada yang bertukar ke asrama penuh atau MRSM. 

Tahniah Abang! 


4. Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Sama seperti permohonan ke MRSM, Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Abang dah duduki, juga bulan lepas. 

Kenangan di SBPI Gombak. 

Ikut prosedur awal, selepas ni Abang akan sit for Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA) pula sebab Abang pilih SMKA. Tapi semuanya bergantung pada keadaan sebab khabarnya keputusan ke SBP keluar pada 17/3. Entah sempat ke tidak untuk diadakan PMAA والله اعلم

5. Permohonan ke Sekolah Menengah Integrasi Sains & Tahfiz (SMISTA-MAIWP)

Alhamdulillah selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya Abang hadiri ujian dan temuduga SMISTA. Lebih kurang UKKM, ada ujian bertulis, hafazan dan lisan.  


6. Permohonan ke Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran (SMALQ) 

Alhamdulillah Abang berjaya dapat tempat di SMALQ. Namun begitu, kami terpaksa tolak bila Abang berjaya ke SAM. Kedua-duanya SABK cuma SAM di Negeri Selangor. Dari segi lokasi, jarak dan cuti mingguan sama jadi lebih mudah dari segi logistik. 

7. Permohonan ke Maktab Mahmud
Dukacita, gagal! Dalam senarai nama tu, hampir keseluruhan anak-anak IC nombor 02 (anak Kedah). Tapi, fahamlah sebab biasanya kuota anak negeri memang ramai untuk sekolah kerajaan negeri begini. Tapi kami buat rayuan juga sebab masa ni excited nak pindah ke Kedah :D

Doakan kejayaan Abang ye 🤗 

12 comments:

  1. Banyaknya mohon. Harap akan dapat yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Semoga yang baik2 sahaja utk abang, yang tak dapat tu pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
  3. insyaallah semuanya indah terancang..ada rezeki beliau nanti

    ReplyDelete
  4. Moga rezeki yang terbaik menanti abang 😊

    ReplyDelete
  5. salam. detail betul ina buat post.kami tak dan la nak buat entry skrg.
    kena tunggu samapi fukll abg long dapat mrsm or sbp la baru buat story kot.
    huhuhuh.
    samtak aqil dapat juga tapi tolaklah.
    maintain di gombak setia.
    dapat juga KKQ/KAA
    hari tu exam syafawi

    so far pun study week mula 20hb tu jugak
    dah masuk 2nd ke 3rd topic subject akademik di sana.
    subject agama je kena tggu ustaz/ustazah ajar this week.

    no matter what, keserasian tu penting.
    moga yang baik - baik je unutk ank3 kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak tanya kabar Aqil 😘

      Impresss sebenarnya dgn cikgu-cikgu SMK mengajar. Fawwaz sempat belajar hampir 2 minggu di SUTAS. Walaupun secara online tapi very good & effective. Love the way they teach & prepared for the classes.

      Delete
  6. adalah hikmahnye x dpt sekolah yg dipilih., aminn

    ReplyDelete