Sekarang ni segala urusan berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kebanyakan agensi kerajaan lain semuanya melalui temujanji. Permohonan temujanji dibuat secara atas talian (online). Imunisasi Kakak tahun lepas beginilah prosedurnya.
Berbalik kepada tajuk, temujanji pertama kami untuk buat IC Abang ialah pada 24/11, kira-kira seminggu selepas birthday dia, di JPN Melawati. Setiap pelanggan diberi masa 20 minit untuk berurusan.
Cadangnya nak selit sekali buat sijil kematian Tok. Sehari sebelum temujanji, kami terima email dari pihak JPN Melawati memaklumkan pejabat mereka ditutup sementara. Pulak!
Terpaksa buat appointment baru (mujur online je). Yang kosong dan paling hampir 29/11 di UTC Sentul kalau tak silap. Di JPN Gombak memanjang penuh. Paling awal tarikh kami dapat ialah 2/1/2021. Dalam masa yang sama booking juga slot di JPN Jitra dan UTC Alor Setar sebab ikut plan kami akan berada di Kedah that time.
Akhirnya rezeki kami di UTC Alor Setar. Untuk buat IC Abang, Walid uruskan. Ikutkan appointment pukul 11 tapi kami sampai awal dan dibenarkan walk in sebab tak ramai orang. Untungnya buat IC di UTC boleh dapat pada hari yang sama. Lepas sejam, kita diminta datang semula untuk collect IC.
Manakala untuk sijil kematian hanya waris (menantu tak termasuk) dibenarkan buat permohonan. Jadi, Ummi lah yang berurusan dengan JPN. Tak susah pun... Tunjuk sahaja laporan polis, serahkan IC si mati dan salinan IC waris (kalau tak silap) kepada pegawai bertugas. Cuma dia tanya juga kenapa buat di Kedah? Hihi... Tapi takde masalah pun kita apply sijil mati tu di mana asalkan di JPN :p
Part sedih bila officer tu cakap "saya gunting ye IC ni (IC Tok)" Itu tandanya IC tu dah tak valid... Sebab pemegangnya dah tiada 😭😭😭 Waktu serahkan sijil mati officer tu ucap takziah. Touching Ummi. Semua ni pengalaman baru untuk Ummi. Tapi Ummi yakin Allah bagi semua ni bersebab.
Alhamdulillah selesai urusan yang tertangguh hampir 2 bulan. Inilah antara cabaran di zaman pandemik ni. Lega Ummi bila dah setel urusan JPN ni terutamanya sijil mati Tok tu. Ada beberapa urusan yang nak diselesaikan berkaitan hal ni. Moga semuanya terus dipermudahkan oleh-Nya.
Jauh buat kad pengenalan dan sijil kematian. Apapun mesti lega sudah selesai. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, selesai urusan
ReplyDeleteAlhamdulillah dipermudahkan Ummi. Sampai ke UTC Kedah nu
ReplyDelete