Sunday, 21 February 2021

Bilik study baru...

Sebelum ni semuanya di living hall; sofa, meja makan, TV dan study station. Di mata Ummi, semak dan sesak sangat nampaknya. Sepanjang PdPR memang tak boleh on TV takut mengganggu anak-anak yang sedang belajar. Tapi boring sebenarnya especially bagi yang tiada kelas. Ummi pun boring haha...

Paling tak seronok ditempat terbuka sebegini kadang tu bila kita lalu di belakang, imej kita appear dalam camera. Apatah lagi kalau anak-anak lupa set background yang bersesuaian. Nak selamat, kadang tu bertudunglah Ummi walau dalam rumah. 

Finally we decided to move the study station to bilik bawah, which was previously occupied by Tok. 

Mula-mula kosongkan dulu bilik ni. Bilik ni kami renovate masa nak sambut kelahiran Abang, almost 13 years ago. Cat mahal tu Abg Pian guna, sampai sekarang nampak elok. Nak sambut anak sulung khenn... 

Alhamdulillah anak-anak nampaknya lebih selesa dan fokus. Ummi pun senang nak monitor sebab sebelah ofis Ummi iaitu dapur :D Sambil masak sambil boleh mengajar. Supermom sangat haha...

Alhamdulillah it was also a timely decision. Elok je lepas pindahkan tempat belajar ni ke dalam bilik, cikgu kelas Abang bagi jadual PdPR baru, mula besok. 

Kelas 7.30am hingga 4.00pm- 4.30pm daily. Eloklah tu, boleh biasakan diri dari sekarang. Bulan 4 nanti dah mula kelas bersemuka انشاء الله 

Belajar rajin-rajin ye anak-anak... Ummi Walid dah cuba yang terbaik untuk sediakan ruang yang conducive untuk belajar. Ambil peluang dan manfaatkan sebaiknya sebagai tanda kita bersyukur. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah bagi. Peringatan mesra untuk diri sendiri juga :)


5 comments:

  1. Alhamdulillah. Anak-anak lebih selesa untuk mengikuti pdpr.

    ReplyDelete
  2. Ya bersyukur apa ada. Jangan merungut kalau kena belajar dari rumah.

    ReplyDelete
  3. kesian gak kat anak2 yg keluarga x mampu nk sediakan talian internet masa pembelajaran dari rumah ni kann., huhuhu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dah ada tempat yg strategik, semoga boleh menerima ilmu dengan lebih tenang

    ReplyDelete
  5. We Offers Financial Consulting To Client, Companies Seeking Debt / Loan Financing And Seeking For Working Capital To Start A New Business Or To Expand Existing Business. Interested Parties Should Contact Us For More Information Through Via E-mail: financialserviceoffer876@gmail.com

    Whats-app us on +918929509036

    ReplyDelete