Sunday, 2 August 2020

Ke PPAS Gombak


Seronok tengok kawan-kawan, saudara mara 'update status' balik kampung, pergi bercuti dsbnya. Tumpang happy for them. Alhamdulillah kami balik kampung dah, pergi jalan-jalan pun dah. The latest trip was Pontian, last month.


Nak hilangkan kebosanan cuti 5 hari ni, semalam bawa anak-anak ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Gombak yang terletak di Selayang. Lokasinya berhampiran Pejabat Tanah & Daerah Gombak, Kolej Komuniti Selayang dan Masjid Bandar Baru Selayang. Selepas bangunan Lembaga Peperiksaan Malaysia tu, ambil simpang ke kanan. Jumpalah nanti...


Dah lama Ummi tahu pasal library ni. Cuma tak pernah datang. Khabarnya banyak facilities di library ni, ala-ala Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam.

Dah lama tak masuk library Ummi pun teruja sebenarnya. My favourite place masa di uni dulu library-lah. Suka study di library sebab selesa. Mood nak belajar tu berkobar-kobar as compared to study di bilik hostel. Hampir tiada gangguan waktu buat ulangkaji.



Discussion room. 



Bilik kreativiti aka play room. Tempat favourite Adik.



Ummi regi jadi member, regi online. Dapat pinjam buku on the spot. Maximum 10 buku sekali pinjam. Tempoh pinjaman 3 minggu. Denda lewat hantar 50 sen sehari per buku.



Tadi kami pinjam 7 buah buku. Ikut pilihan masing-masing.

Favourite Ummi... Buku autobiography 




Anak-anak main games... Sejam RM1 untuk penggunaan internet.

Selain kemudahan yang disediakan, kawasan parking pun agak luas. Staff di sini sangat helpful 👍👍👍, rajin melayan karenah anak-anak yang suka bertanya.


Dibuka dari Isnin - Ahad kecuali hari kelepasan am. Waktu operasi dari jam 9.00 pg - 7.00 mlm. 

Jom lepak library 🤗

19 comments:

  1. bagusnyaa anak2 suka ke library ya..

    saya dlu time uni kalo ke library lagi x jalan kalo study. sejuk rasa nak tidur. tapi kadang2 tu focus pulak haha tahla perangai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk suka aircond itu yg cari tempat berhawa dingin utk study hihi

      Delete
  2. ammi belum pernah lagi gi library dengan anak-anak. selalu belikan buku je. good activity gak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Ammi. Kalau anak-anak suka buku mesti depa suka library juga :)

      Delete
  3. Ceria dan segar sahaja ruang dalaman perpustakaan.
    Warna tenang digunakan untuk menghias.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, no more dull colors. Mata pun rasa segar je tengok deko yg menarik.

      Delete
  4. bestnya. Rasa macam ada PPAS juga di UTC Keramat. Masa form 2 dulu apply jadi pengawas pusat sumber sebab seronok tengok buku dan senang nak membaca. Hihi.. Dah lama tak jejak perpustakaan, rasanya kena bawa abang-abang melawat PPAS terdekat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn akk. Kalau boleh lepak library tu heaven sangat sbb suka membaca. Dulu2 tak mampu sgt nak beli buku pun :(

      Delete
  5. interiors die lebih kurang sama dengan ppas shah alam la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di bawah pengurusan yg sama kan AD sebab ti agaknya idea/susun atur hampir sama.

      Delete
  6. library ni antara tempat kegemaran saya tau

    ReplyDelete
  7. Dulu masa akk kerja di putra jaya, selalu juga bawa budak2 tadika ke perpustakaan awam di presint 16, facilities dia sama la mcm ppas awam gombak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya kak. Budak-budak tu mesti suka kan 😍

      Delete
  8. Cantiknya PPAS Gombak.
    Tentu anak-anak suka kalau selalu dibawa ke sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Our favourite spot la sekarang ni.

      Delete
  9. Luas dan nampak selesa library ni.

    ReplyDelete