Khamis 1 Muharam tu kami ke Bagan Lalang. Ikut rancangan asal kami nak balik kampung cuti sekolah 5 hari ni. Tapi memandangkan kes Covid-19 di Kedah tinggi sekarang ni terutamanya Kluster Tawar yang dah melebihi 60 kes, ada baiknya kami tangguhkan dulu niat tu. Mukim Tawar ni tak jauh dari kampung Ummi. Kalau balik ikut Butterworth-Kulim Expressway (BKE) lalulah pekan Tawar ni.
Berbalik kepada trip kami ke Bagan Lalang...
Kali pertama Ummi ke sini sekitar tahun 2002 atau 2003, ikut program bersama persatuan pelajar. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia. Sama juga kali ni, kami memilih hotel yang sama.
Yang mengunjur ke laut itulah Avani Resort. |
Kalau dulu kawasan pantainya sunyi dan tidak meriah sekarang semuanya sudah berubah. Penuh dengan pelbagai aktiviti liburan dan perniagaan. Dah ada Avani Resort yang memisahkan Pantai Bagan Lalang kepada dua bahagian. Waktu kami sampai tengahari tu memang ramai sangat pengunjung. Penuh dengan pelbagai aktiviti liburan, perniagaan dan riadah.
Apa-apa hal pun kita isi perut dulu :)
Bawa bekal nasi ayam, sandwich dan keropok. Kami lepak di playground, senang nak monitor anak-anak bermain. Banyak kerusi meja, bangku dan wakaf yang disediakan. Takyah berebut :P
Usai makan, kami beralih pula ke wakaf yang menghadap laut. Fuh, angin sepoi-sepoi bahasa tu boleh buat mata kita layu haha... Seronok lepak di sini walaupun cuaca panas.
Tok belanja main bubble |
Bawa anak-anak turun ke pantai.
Jauh ke tengah 4 beradik tu |
Time ni air surut. Pantai penuh dengan anak-anak ketam. Tapi pantas sungguh depa lari masuk lubang, tak sempat tangkap. Dahlah saiznya sebesar anak labah-labah je, susah benar nak dapat seekor pun!
Abang berjaya scooped seekor. Punyalah seronok depa macam boleh buat gulai anak ketam tu 😂
Elok pukul 3 kami checked in hotel dulu. Booked pool slot pukul 5-5.30 petang. Yup, kena book upfront slot mandi pool sebab now they limit the number of guests in a pool dalam satu-satu masa. Alhamdulillah nampaknya semua guests bagi kerjasama. Lajak 5-10 minit tu biasalah... Ikutkan sekali je dapat mandi pool sepanjang stay 1 malam ni tapi esoknya kami cuba nasib dan dapat lagi satu slot. Lega tengok anak-anak happy.
Petangnya, keluar lagi. Ikutkan dulu-dulu boleh je jalan kaki dari hotel ke pantai tapi sekarang gate belakang ditutup, untuk mengawal pergerakan keluar masuk guests dan orang luar. Terus kami ke Restoran Ikan Bakar Senandung Malam yang letaknya betul-betul berhampiran jalan utama ke pantai.
Mulanya nak reserve table je tapi makin lama makin crowded jadi kami tapau je. Tak kuasa nak datang semula malam nanti. Parking luas, takde masalah Insha Allah cuma fikirkan keadaan Tok, nanti tak selesa pula nak berlama-lama di kedai makan. Inipun 45 minit kami beratur hanya untuk pilih seafood, timbang dan bayar. It took another 40 minutes untuk masak. Alhamdulillah sedap dan puas juga makan walaupun hanya tapau.
Sementara menunggu makanan tu bawa anak-anak ke pantai. Bagi depa mandi. Bolehlah lepaskan gian walaupun pantai Bagan Lalang ni airnya cekelat 😅
Moga kenangan manis terus bertaut di hati |
Esok pagi slot breakfast kami jam 7.30-8.00. Ini pun kena, book masa check in. Sebelum tu kami berdua bawa Abang jogging sekitar pantai. Konon nak rekod larian Abang untuk Merdeka Run tapi Ummi tak tekan button staet gamaknya. Maklumlah baru installed apps tu. Balik hotel, suruh Abang jog je kat parking lot 😂
Menu breakfast... Ada nasi goreng, mee goreng, roti, sosej, wedges, tembikai. .. Simple je.
Tapi Ummi suka mesin air dia ni, ada teh tarik 😍
Kat luar cafe pula ada dijual makanan bungkus. Kalau sekadar nak alas perut untuk family ramai tu boleh je beli makan di bilik. So considerate 👍 Kami hari tu pun cuma top up RM25 untuk Abang & Angah. Kakak & Adik free je. Alhamdulillah.
Sementara tunggu slot mandi pool jam 9.30, kami lepak di sudut bacaan. Pinjam buku sorang sebuah dulu to kill the time. Guest hanya perlu tinggalkan IC/driving license di kaunter untuk pinjam buku. Good idea.
Ada rezeki nak datang lagi. Kalau dapat berkhemah best juga kan?
Penuh aktiviti buat di Bagan Lalang.
ReplyDeleteSemoga dapat datang lagi untuk berkhemah.
cantik! tapi part beratur smpai 45 minit tu utk food..tu agak mencabar la..
ReplyDeletebestnya PH.. ammi ni last berpiknik kat sungai je. lately ni rasa seronok ke sungai jelah pulak. dah tua kot
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat berkelah kat pantai mesti anak2 pon seronok dan teruja . Sama la ngan KakYa anak2 pon suka gak kalau pergi berkelah kat pantai ..
ReplyDeleteSeronok tu dapat main air dan menikmati view pantai yang indah tu. Lama tak ke Bagan Lalang.
ReplyDelete