Friday 14 August 2020

Update Status 2 - Koleksi Doa


Doa, satu perkara yang sangat mudah diamalkan tapi punya impak yang sangat besar terutama di kalangan orang Mukmin. Dengan doa, rasa kuat kebergantungan kita kepada al Khaliq. 

Hari ni Ummi nak share doa-doa yang boleh kita amalkan setiap hari. Ummi kongsi dari status updates kawan-kawan. Alhamdulillah Ummi dikelilingi oleh sahabat, rakan, kenalan yang baik-baik. Status masing-masing dihiasi dengan doa, kata-kata positif, motivational quotes dsbnya. Jadi dapatlah Ummi ambil tempiasnya dan berkongsi di blog pula. Moga bermanfaat untuk kita semua. 

 Ini kawan-kawan geng meniaga rajin share, doa-doa murah rezeki. Kita yang tak berniaga ni pun apa salahnya tumpang sekaki amalkan. Semua orang mengharapkan rezeki yang lumayan kan? 



Selain mohon dimurahkan rezeki, mohon juga agar beroleh rezeki halal lagi berkat. 


Doa mohon kemudahan ni arwah Ustaz Md Isa, guru sekolah Ummi dulu selalu baca setiap kali perhimpunan mingguan diadakan. Mohon diamalkan Insha Allah mudah segala urusan harian kita. 


Doa ni ikut ustaz/ustazah elok dibaca dalam sujud terakhir dalam setiap solat. 


Manakala doa di bawah ni pula untuk diamalkan selepas solat. 

Perkongsian dari Ustaz KS. 

Perkongsian doa ni dari Ustaz KS juga, amalan lembut hati. Kaedahnya dengan membaca 7x يا لطيف  , diikuti ayat di atas (ayat 19 Surah al Syuura kemudian hembus pada muka. Ulang semula 3x atau 7x. 

Terima kasih Ustaz. 

Semoga bermanfaat. 


12 comments: