Friday, 31 July 2020

Aidil Adha 2020


Credit source. 

Boleh dikatakan sama sahaja sambutan Aidil Adha dan Aidil Fitri kami tahun ni. Beraya dalam PKP,  jauh diperantauan terasa sangat hambarnya. Walaupun raya, sunyi sepi kawasan kejiranan kami hari ni. Semuanya beraya dalam rumah masing-masing agaknya. Ada juga yang balik kampung. Ada 3-4 orang kanak-kanak datang kutip duit raya. 

Satu-satunya tetamu ialah Abg Anas. Datang beraya sebelum masuk kerja. Habis kerja nak ride motor balik Kedah jumpa anak isterinya. Moga dilindungi dan dipermudahkan urusannya. 


Layan dulu Tanyalah Ustaz sebelum sarapan tadi. 


Gandingan DUKE dengan Prof Kamil memang mantap. Dan menghiburkan... Cerita pasal haji yang tertangguh. Best 👍

Juadah raya kami... 
Nasi beriani, ayam goreng kari, gulai daging, ketupat palas. Adalah sikit-sikit kuih raya dan kerepek.




Ketupat Palas ni buat dah lama, lepas balik kampung raya puasa hari tu. Simpan dalam freezer. Jimat masa & tenaga Ummi. 

Kek marjerin je... Buat dengan Kakak a night before. 


Kek Choc Nutella ni beli dengan Cik Sue. Risau juga nak keluar pick up kek semalam sebab katanya jalan lama Gombak ke Bentong jem teruk. Alhamdulillah dekat Batu 8 tu clear je..

Lepas solat raya, merayau sekitar Sri Gombak. 


Tuu dia... Jem dari DUKE nak ke Tol Gombak. Apapun moga semuanya selamat sampai. 

Menjelang tengahari, Walid ke masjod untuk solat jumaat. Solat jumaat pertama beliau Walid > 3 bulan. Alhamdulillah. 




Itu je cerita raya kami. Nothing special but still a memorable one. 

Selamat hari raya Aidil Adha buat semua 💖

12 comments:

  1. Salam aidil adha PH. Nothing special but still a memorable ek, hihi..yelah..raya kita kenangan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kak, tak beraya bersama keluarga sedoh tau haha

      Delete
  2. Selamat hari raya Aidil Adha.
    Nak rasa sedikit Choc nutella itu :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin Ummi ❤ Sedapnya menu raya mu itu 😋

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha.. semoga Allah menerima semua
    amalan2 kita..

    ReplyDelete
  5. Sedap sedap juadah raya tu kak.

    ReplyDelete