Sunday 9 August 2020

Pengalaman Tempah Curtain di H&A Craft



Sewaktu hendak menempah curtains untuk master bedroom tempohari kami telah ke H&A Craft dan Elyza's di Prima Sri Gombak untuk mendapatkan quotations. Mungkin sesetengah orang suka dan sanggup ke sana ke sini, bandingkan harga, turun naik gedung tekstil dsbnya. Namun, kami lebih selesa pilih kedai yang berdekatan dengan kediaman untuk memudahkan urusan dan menjimatkan masa serta tenaga.

Kedua-dua kedai memberikan layanan dan kerjasama yang memuaskan alhamdulillah.
Walaubagaimanapun kami lebih tertarik dengan khidmat H&A Craft. Selain menerima tempahan langsir, mereka juga menjual dan menerima tempahan perabot. Kiranya sambil menyelam, sambil minum airlah kami. Walaupun tak tempah perabot, at least dah ada rapport dengan kedai ni. Mana tahu ada rezeki lebih di masa hadapan, bolehlah 'angkat' perabot dari kedai ni. Cantik-cantik hasil kerja orang kita. Perabot di sini menggunakan kayu nyatoh, merbau, meranti dll yang banyak terdapat dalam negara kita. Ummi baru tahu, kalau kayu jati tu keluaran negara seberang. Ingatkan negara kita pun ada mengeluarkan perabot kayu jati. Dan bila Ummi kata guna kayu bukanlah bermaksud perabot kayu macam set jati tu, tapi sofa moden yang menggunakan kayu-kayu tersebut sebagai elemen tambahan untuk mengukuhkan dan menambah nilai produk.

H&A Cratt telah lama bertapak di Sri Gombak, 20 tahun dah. Ummi pun dah lama perasan kedai ni tapi tak pernah masuk. Dari luar nampak macam kedai 'orang have-have'jadi segan juga nak masuk kalau sekadar nak jamu mata. Ini diakui sendiri oleh Pn Halina, pemiliknya. Kata beliau, masuk dulu, harga boleh bincang 😁 Dalam kes kami, bila Pn Halina buat costing, tidaklah lari jauh dari bajet asal kami. 

Cara-cara menempah curtains di H&A Craft berdasarkan pengalaman kami; 


1. Datang ke kedai yang terletak bersebelah Maybank Sri Gombak. Bawa ukuran langsir dan minta pihak mereka buat anggaran kos berdasarkan ukuran diberi. 


2. Sekiranya bersetuju, pilihlah kain/material serta design yang berkenan. Dari segi jahitan sama ada eyelet (rings) atau French pleat harga sama kalau tak silap tapi eyelet pakai kain lebih banyak untuk hasilkan kedut/lekuk jadi kena beli kain lebih, which is translated into a higher cost.

3. Kemudian bayar deposit (kami bayar 1st deposit RM500). Boleh guna debit card atau 'cucuk' je dekat Maybank sebelah tu 🤭


4. Once kita bayar deposit, barulah staff H&A Cratt  datang ke rumah ambil ukuran sebenar. Dah 2x  Ummi tempah curtains sebelum ni, dua-dua Ummi ukur sendiri. Bila dipasang tak fit elok jadi kali ni memang Ummi cari kedai yang ada khidmat datang ukur sendiri di rumah. 


5. Bila dah dapat ukuran sebenar, barulah kita tahu harga sebenar. Masa Pn Halina bagi quotation tu, alhamdulillah tak lari jauh dari bajet kami. Top up lah sikit lagi sebab bajet kami tak ambil kira harga railing dan upah pasang. Rod pula last minute Ummi buat perubahan. Mujur Pn Halina layan :D Masa ni juga kami top up lagi bayaran RM500 manakala bakinya setelah curtains siap dipasang. 


6. Bila dah finalise kain, design dsbnya tunggulah 2 minggu untuk curtains siap. 
Bila dah siap, staff depa mai pasang.

Curtain lama takat frame sliding door tu saja 

Ini curtains lama, sebab tu old fashion haha... Ummi pasang nak sambut Ramadhan hari tu. Curtain ni Ummi tempah di kedai kain Tewah, di Giant Taman Permata. RM500. Mahal sangat dah time tu (tahun 2005. Actually bff Ummi yang berkenan design ni, Ummi tak berapa minat pun. Tapi sebab tak pernah tempah curtain, dia kata ok Ummi pun ok je lah. Hebat betul pengaruh rakan sebaya haha... 


Team H&A Craft tengah pasang curtains di ruang tamu. 


Credit: Pn Halina

Super love this curtain! Rasa ruang lebih tinggi sebab curtains tu dipasang hingga ke ceiling. Dah bertahun tau Ummi impikan curtains macam ni. Alhamdulillah merasa juga.

Bila tanya Pn Halina, warna apa yang trend sekarang puan? Depends katanya. Cuma kalau yang (umur) 30-an tu biasanya warna grey/silver tapi kalau 40-an tu warna gold/coklat. Nampak nau Ummi ni dah 4-series 🤣🤣🤣 
Takpe, janji hati Ummi suka sangat.



Asalnya Ummi nak letak railing biasa je. Sebabnya Ummi tak tahu langsir French pleat boleh letak rod. Selama ni Ummi ingat hanya eyelet curtains yang boleh guna rod sebab ada lubang-lubang pada curtains kan. Hinggalah Ummi nampak kawan Ummi post satu gambar ni. Member nak jual carpet 3D tapi mata Ummi tertumpu pada curtain dia haha... Bila text Pn Halina katanya curtains living room Ummi boleh guna rod rasa nak melompat :) Tapi kena top up RM 100 untuk rod kayu tu. Takpe janji dapat apa yang dihajati.

Ini pula day curtain untuk ke dapur.


Curtains di master bedroom... 




Night curtain tu bukan blackout curtain tapi 70% sahaja. Purposely Ummi pilih supaya bila ditutup pun cahaya still boleh masuk. 


Alhamdulillah Ummi sangat berpuashati dengan perkhidmatan dan kerjasama pihak H&A Craft dalam membantu merealisasikan impian Ummi. Pn Halina ni baik tau, sanggup pula berkomplot dengan Ummi. Nak tahu komplot apa? Tunggu..... 🤗


H&A Cratt 
7, Jalan SG 3/14, 
Taman Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor

10 comments:

  1. simple yet cantik dan kemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ily. Memang pilih kain & warna supaya nampak evergreen & classy.

      Delete
  2. Cantik langsirnya. Simple dan kemas.

    ReplyDelete
  3. aah betul tu..klo 30 an mostly ramai ambik silver dan grey..heheh..cantiknya bila dah siap pasang tuh

    ReplyDelete
  4. cantik simple dan warna tu buat ruang nmpak lagi lapang..

    ReplyDelete
  5. Cantik langsir. Simple dan nampak moden.

    ReplyDelete