Tuesday, 4 August 2020

Pindaan Sesi Persekolahan Tahun 2021


Credit: BH Online 

Ummi menyambut baik pengumuman YB Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin semalam berkenaan sesi persekolahan tahun 2021 yang akan bermula pada 21 Januari. Sebelum ini, cuti akhir tahun 2020 hanya selama 2 minggu bermula 19 Disember, disingkatkan akibat pandemic Covid-19.

Besar harapan kami agar  Abang dapat masuk sekolah berasrama. Tapi, bila singkat sangat cutinya terfikir juga sempat ke nak buat persiapan? Nak hadiri temuduga, beli kelengkapan dsbnya. Nak balik kampung... Nak pergi bercuti... Semua tu dah 'berputar' dalam kepala Ummi tau. Walaupun orang kata pompuan suka fikir utk short term dan lelaki fikir long term, Ummi rasa terbalik kot dengan Walid! Walid rileks je... Tak fikir pun lagi gamaknya 😂

Kalau cuti 2 minggu je, tak ke kalut nanti? Lagipun Abang ni batch corona orang kata... Takde UPSR, pasti cara permohonan kemasukan ke boarding school berbeza. Sampai sekarang pun belum ada penjelasan terperinci dan sahih.

Dah pinda ni alhamdulillah. Dapat juga cuti sebulan walaupun pastinya ada effect juga utk takwim persekolahan tahun depan. Takpe, pandai-pandailah KPM uruskan haha...

Apapun kita doakan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusannya.

Doakan Sheikh Muhammad Fawwaz al Hafiz ni sama ye ☺️


10 comments:

  1. Semoga dipermudahkan. Kadang fikir macam-macam tapi akhirnya tiadalah teruk mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA. Kadang tu rasa macam over thinking je :D

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Dapatlah mereka bercuti panjang

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan jalan2 anak ni bersekolah ye. Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin
      Insha Allah ada hikmahnya kan juju?

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran Abang. Apa pun dengan situasi sekarang, adakalanya kita terpaksa ikut sahaja segala arahan pihak atasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah kak amie. Apapun pastinya semua pihak mahukan dan cuba usahakan yg terbaik.

      Delete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn

    ReplyDelete