Wednesday 12 August 2020

Blogger New Interface ~ Tq Juju 🌹


Rasa macam nak peluk je Juju bila beliau kongsi cara nak kembali ke legacy blogger interface. Baca perkongsian Juju di: SINI.

Kerap juga notice ni appear dalam dashboard Ummi.
Itu yang try semalam :(

Kelmarin memang Ummi tension sebab secara tak sengaja ter-cuba new interface yang dioffer oleh Blogger. Lepas tu, bila nak masukkan gambar, dah tak boleh. Tak boleh access ke phone Gallery. Selama ni boleh je. Ummi ni update blog guna phone je. Malas nak on laptop. Lepas tu kalau guna laptop kena transfer dulu gambar dalam phone ke laptop. Renyah!

Sample draft dalam NotePad 

Selalunya Ummi kalau ada idea terus tulis dalam NotePad dekat phone. Then C&P ke blog sebagai draft dan edit; masukkan gambar dsbnya. Sambil baring-baring or tengok tv pun boleh draft entry. Ini pun edit blog sambil lepak  atas katil baru Angah aha... Seronok pula lepak atas katil depa. Tilam sedap, tak melendut. 

Post semalam sebelum revert tu legacy blogher. 

Tapi, semalam tu tak boleh buat macam selalu.  Tengok dekat Help section, depa suruh install apps Blogger. Install la. Tapi still tak user friendly for me. Nak resize gambar tak boleh, nak add caption tak dapat, nak centralized paragraphs pun tak boleh sudahnya Ummi upload je entry "Surprise untuk Walid" seadanya. Mata ni sakit je tengok gambar gedabak besar dengan paragraphs tak center tu tapi tak tahu nak adjust camne :(

Alhamdulillah kelmarin Juju buat perkongsian untuk kembali ke legacy blogger (existing interface). Terus ummi edit post semalam tu. Baru sedap sikit mata memandang dan membaca. Simple je benda ni tapi bila gelabah terus tak jumpa kat mana nak revert ke legacy blogger tu. Lepas tu dok pening sorang-sorang fikir camne nak buat 😂

Caranya senang je... Pergi ke dashboard, scroll bawah sekali. Click je kat situ, then click confirm. Selagi dibenarkan guna interface ni, selagi itulah Ummi guna interface lama ni. I'm comfortable with it because it's more user and (mobile phone) friendly.

Sekali lagi, berbanyak terima kasih kepada Juju atas perkongsiannya. Ummi ni buat blog suka-suka je, belajar pun sendiri-sendiri je. Sebab tu banyak kekurangan blog ni. Tapi tetap jadi kesayangan Ummi sebab banyak kenangan terhimpun dalam ni.

Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong Ummi 🤗


14 comments:

  1. Samalah kita PH suka yang sediada dari yang baharu tu.
    Mrs. A pun rasa yang baharu tu complicated kenapalah blogger tak bagi pilihan kan nak kekal ke nak tukar huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah harapnya ada pilihan utk terus guna legacy blogger ni.

      Delete
  2. Betul. Saya pun sampai sekarang masih terkial-kial dengan interface yang baharu ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda baru kan... Sementara nak biasa tu huhu...

      Delete
  3. Memang pakai pemuka lama. Belum cuba lagi yang baru.
    Tengah pening kalau tukar baru nanti tidak boleh pakai yang lama hujung Ogos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya taklah NA, dalat maintain yg lama ni best.

      Delete
  4. Wak dah gunakan yang baru
    Okay aje

    ReplyDelete
  5. yang baru okay juga tapi ambil masa nak familiar..
    yang lama sbb kita dah terbiasa.. hehe xpe slow slow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope so.
      Yg baru ni akk tak jumpa rentak lagi hihi..

      Delete
  6. Pelan-pelan. Lama-lama akan terbiasa. Haritu terkejut juga, ak berani nak tekan sebarangan. Entri pun maca ada yang tak betul. Rasanya sekarang sudah okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk dah guna yg baru ye? Sy kena biasakan diri juga ni.

      Delete
  7. suka dengan yang lama tapi nak tak nak kena juga bertukar interface baru dan slow slow nak hadam. sebab katanya nanti semua akan bertukar juga. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Dah biasa dgn yg sedia ada, tapi kena juga, ikut peredaran masa kan?

      Delete