Sunday, 16 August 2020

Cadar pulak 😅


Harapnya tak ada yang tersinggung, sakit hati atau bosan ye dengan perkongsian Ummi; beli itu ini... Bukan nak menunjuk-nunjuk sekadar nak berkongsi info dan mencoret kenangan. Percayalah, banyak lagi bahagian hidup Ummi yang pahit, kelat, masam, buruk, hodoh dsbnya. Semuanya Ummi simpan untuk diri sendiri. Biarlah orang kenal dan kenang Ummi dengan perkara-perkara baik dan indah saja 😊

Mana tahu ada yang dapat info/idea/inspirasi dari perkongsian Ummi. Jujurnya Ummi sendiri banyak belajar dari blog kawan-kawan. Kadang tu kita teringin sesuatu tapi tak tahu mana nak dapatkan. Atau bila ada orang share tips/petua itu ini ada juga manfaatnya pada Ummi. Lihat dari sudut positif ye 🤗

Dah lama anak-anak dan Ummi juga nak beli cadar gambar kartun-kartun ni tapi tak tahu mana nak cari. Tambahan masing-masing dah ada katil & tilam, teringinlah nak hias ikut citarasa sendiri. 

 Mungkin di online platforms banyak tapi
Ummi ni bukan jrnis online shopper. Ummi prefer face to face deals. Tak kisah pun kalau beli  di pasar malam ke, tepi jalan ke asal berkenan dan kena dengan harganya. 

Jadi bila last week ada 2 orang anak muda jual cadar/toto/bantal berhampiran kejiranan Ummi, tanpa berlengah Ummi minta Walid tolong survey harga dulu. Alhamdulillah ada cadar kartun yang anak-anak nak. Harganya pun within budget. Kata penjual, Rabu & Khamis depa meniaga di depan Petron Sri Gombak. Cantek!

Casing pun cantik elok. 

Ada pelbagai pilihan material dan set. Ummi pilih cadar patchwork sebab senang nak kemaskan katil. Dapat 1 cadar, 1 pillow case untuk set ni. Ada juga set 5-in-1 dan 7-in-1 dsbnya. Toto patchwork depa Ummi berkenan sangat. Tapi sebab toto Narita Maksu tolong beli di Padang Besar ghitu baru sekali dua guna, Ummi tahan nafsu dulu. Tak baik membazir :) 

Pilihan Abang...

Pandai juga, Abang pilih. 
Ummi pun berkenan dengan cadar ni. 

Dwi color. Supposed yang biru tu belah atas, match dengan pillow case tapi Abang lagi suka corak belah bawah jadi dia bentang gini. Takpelah Abang, janji Abang suka. 


Cadar Mickey Mouse ni pilihan Adik. Nampak je gambar Mickey Mouse tu terus peluk, tak lepas dah cadar tu. 

Sesuai sangatlah dengan Adik, ceria... 

Kalau Spiderman ni takde orang lain, Angahlah. Dah lama dia bagitau nak beli cadar Spiderman. 


Untuk Kakak, Hello Kitty. 

Cadar Kakak, Adik & Angah bahagian bawahnya biasa je, tak bercorak. Memang dibuat begitu agaknya supaya bila bentang je nampaklah karakter cartoon tu kan. 


Harga setiap set ni RM 50. Dapatlah kurang sikit sebab ummi beli 4 set. Nak tawar lebih-lebih pun tak sampai hati juga. Asalkan win-win... Yang jual tu pun anak-anak muda, kita supportlah usaha depa. 

Last but not least, untuk Ummi. Nak juga haha... 

Queen size harga RM 65. After dia discount RM 55.

Dwi color macam cadar Abang juga... 
Ummi rasa kalau yang bercorak tu memang depa buat 2 color supaya boleh tukar-tukar. 


In terms of kualiti, biasa-biasa je, janganlah high expectation sangat ye. Tapi, padanlah dengan harganya. Sesuai untuk buat basahan atau diletakkan di bilik tetamu. Kalau yang mengusahakan homestay tu sesuai juga. Senang nak dibasuh dan ditukar ganti selalu sebab cadarnya tidaklah terlalu tebal.

Kalau nampak lori kuning ala-ala food truck depan Petron Sri Gombak tu cubalah usha. Mana tahu, berkenan :)

12 comments:

  1. positif waive bila kita tukar yang baru, walaupun sekadar cadar dan sarung bantal kan ummi.

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka beli secara berdepan.
    Hehe ikut citarasa masing-masing pilih cadar.

    ReplyDelete
  3. Corak yang menarik minat anak2.
    Harga pun okay sangat.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya cadar2...terus lawa rumah kan

    ReplyDelete
  5. Cantik .. sesuai dgn anak2..
    Harga murah Tu..
    Itu Hari CH beli queen RM 100.00.

    ReplyDelete