Tuesday 11 February 2020

Berlibur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin



Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Rompin ialah Pantai Hiburan. Pantai ini terletak berhampiran pekan Kuala Rompin sendiri.



Pantai Hiburan ialah pantai awam, terbuka untuk semua pengunjung berbeza dengan Pantai Lanjut yang lebih exclusive untuk penghuni Lanjut Beach & Golf Resort.



Setiap tahun Kuala Rompin menjadi tumpuan pemancing kerana diadakan Royal Pahang Billfish Challenge. Kehadiran ikan layaran yang banyak bila tiba musimnya menjadikan Kuala Rompin sebagai tumpuan para pemancing. Difahamkan, konsep pertandingan adalah 'catch & release'. Sangat bagus untuk memastikan kelestarian spesis ini.



Terdapat beberapa gerai ala pasar malam yang berjualan di sini. Dapat juga kami mengisi perut. Sata yang Ummi beli sangat enak. Terasa manisnya isi ikan di dalamnya seakan sata di Terengganu. Kata Pakcik ni, beliau datang dari Tg Gemok. Selain tu, pau Kak Jie (kalau tak silap namanya) pun sedap untuk dicuba. Inti padat, best! Ada juga Medan Selera jika ada yang ingin menjamu selera. Kami hanya duduk di bangku yang disediakan sambil melihat gelagat para pengunjung. Nampaknya pantai ni sesuai untuk bermandi manda kerana lebih landai. Cuma di musim sekarang tidak digalakkan untuk mandi. Ada juga yang berkhemah. Menarik!

Inilah aktiviti kami. Naik keretapi ulat bulu aka keratapi tong drum. Mula tu anak-anak je yang nak naik, tiba-tiba Ummi depa pun terikut sekali haha... Satu tong tu cajnya RM5. Mula tu tak terfikir pun nak naik, tapi bila perasan hari dah senja elok juga Ummi temankan. Dalam hati kang entah kemana depa bawa anak-anak Ummi. Tiba-tiba Ummi paranoid 😅

Ummi dalam tong hijau belakang Abang tu 🤭


Boleh tahan laju juga benda alah ni. Drivernya pun bukan main pecut. Siap buat zigzag lagi. Menjerit-jerit budak2 ni. Ummi je control macho haha...

Dua ketol Angah dan Kakak bergambar. Bila besarkan gambar baru perasan ada orang di belakang depa. Mujurlah orang 😜
Ada gambar lain makcik tu pandang camera. Dah, jangan fikir bukan-bukan haha... 

Menjelang Maghrib, Pantai ni mula sunyi. Menurut salah seorang peniaga di sini, sebelah malam takde orang di sini, kecuali mereka yang berkhemah. Patutlah Ummi tengok masing-masing sibuk berkemas untuk pulang.

Kakak & Angah always ready to strike a pose.
Abang dgn Adik... Ke laut sokmo 😂😂😂

Pantai Hiburan kami tinggalkan dengan satu memori Indah alhamdulillah.

10 comments:

  1. Macam menarik je..banyak tempat menarik kat area Pahang rupanya ye...ntah bila org NS ni nak bercuti ke Pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best SA, sesekali discover tempat sebegini.

      Delete
  2. Suatu hari akan sampai Insha Allah, nama jer kawen orang Pahang tapi tak sempat cover lagi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya gitulah Nasa, tempat dekat2 kita jarang nak pergi hehe...

      Delete
  3. Wah! Ikan layaran tu kegemaran MIL dan FIL. Susah nak dapat di LD sekarang ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, boleh makan ke ikan ni kak amie? Aduhai, saya tak tahu pun 😅

      Delete
  4. Okay then...

    This might sound kind of weird, and maybe even kind of "supernatural"

    BUT what if you could just click "PLAY" to LISTEN to a short, "musical tone"...

    And suddenly attract MORE MONEY into your LIFE??

    And I'm talking about BIG MONEY, even MILLIONS of DOLLARS!

    Sounds way too EASY?? Think this couldn't possibly be for REAL?!?

    Well then, I've got news for you..

    Usually the most significant miracles in life are also the EASIEST!

    In fact, I'm going to provide you with PROOF by allowing you to listen to a real-life "magical money-magnet tone" I've synthesized...

    You just press "PLAY" and the money will start coming into your life... starting so fast, you will be surprised...

    CLICK here now to PLAY this wonderful "Miracle Money Sound Frequency" as my gift to you!

    ReplyDelete
  5. Dekat ctu boleh ke kalau nak buat bbq malam2?

    ReplyDelete