Jarak pemanduan secara berkereta dari Kuala Rompin ke Tanjung Gemok adalah lebih kurang 45 minit. Alang-alang jaraknya dekat, kami mengambil kesempatan untuk ke Tanjung Gemok. Selalu dengar tempat ni ada jeti untuk ke Pulau Tioman, selain jeti di Mersing.
Sepanjang jalan, kami melewati beberapa buah kampung di kiri kanan jalan. Terdapat banyak papan tanda chalet di sini. Mungkin kawasan ini juga menjadi tempat tumpuan pengunjung yang ingin memancing. Jalan Mersing-Kuantan ini agak sibuk dengan kenderaan di kedua belah hala. Arah ke Tanjung Gemok akan membawa kita ke Mersing, JB dsbnya. Manakala arah bertentangan menghala ke Kuantan & Pekan juga Muadzam Shah yang mana boleh membawa kita ke ibu kota, melalui Kuala Pilah. Jalan yang kami lalui semasa datang ke Kuala Rompin.
Baca sini: [Akhirnya sampai juga di Kuala Rompin]
Apa yang ada di Tanjung Gemok? Jujurnya ia hanya sebuah pekan yang sunyi. Tidak banyak pergerakan manusia mahu pun kenderaan yang kami lihat. Malah, Terminal Penumpang Tanjung Gemok juga lengang. Tidak pasti samaada terminal ini masih beroperasi atau tidak. Dari pandangan mata kasar, nampaknya terminal ini masih digunakan cuma tiada pengunjung ketika ini. Kebanyakan premis perniagaan juga ditutup kerana Tahun Baru Cina.
Terminal feri yang lengang... |
Teksi dan kereta persendirian juga tiada... |
Hotel Jeti Tanjung Gemok |
Ada juga hotel bajet untuk pilihan pengunjung.
Bot berlabuh |
Perkampungan, jeti nelayan |
Masjid Tanjung Gemok |
Kami meneruskan perjalanan melintasi sebuah jambatan. "Ummi, kita kat johor ke?" Tanya Abang bila melihat seakan logo kerajaan Negeri Johor di tiang lampu jalan. Barulah kami sedar, kami sudah melintasi sempadan Negeri Johor. Kami berada di Pekan Endau, sempadan antara Pahang dan Johor. Terasa nikmatnya mengembara, bila terjumpa sesuatu yang baru. Nampaknya Pekan Endau lebih meriah dengan aktiviti. Kenderaan pun banyak.
Mercu tanda bertulis 'ENDAU' |
Best juga kalau dapat makan ikan bakar di sini. Next trip Insha Allah.
Simple life at Endau. |
Meronda-ronda sekejap kemudian kami berpatah balik ke Negeri Pahang :)
Kembali ke pangkal jalan 😁 |
Dalam perjalanan pulang, kami melewati persimpangan ke Taman Negeri Endau-Rompin. Jaraknya kira-kira 50km dari jalan besar. Kami tidak sempat berkunjung ke sini.
Perut sudah lapar, jadi kami terus balik ke Kuala Rompin. Ikutkan Walid nak ajak lunch di Warung Kopi Johan sekali lagi tapi Ummi nak cuba tempat lain pula.
Baca sini: [Enaknya Bersantap di Warung Kopi Johan]
Akhirnya kami pilih untuk makan di sebuah gerai di Medan Selera Bandar Baru Kuala Rompin. Bersih medan selera ni. Dalam masa yang sama, kami cuci pakaian di self service laundry berdekatan. Sambil menyelam, minum air.
Ini kedai pilihan kami...
Satu je nak cakap, orang Kuala Rompin ni memang pandai memasak! Makanlah di mana pun, sedap je air tangan depa. Kali ni kami pilih lauk kampung bersama semangkuk kari kepala ikan. Harganya cuma RM15. Memang sedap lauk pauk di sini. Rasa macam nak pindah dok Kuala Rompin je 😅
Wah! jalan-jalan sempadan Pahang - Johor gittewww...
ReplyDeleteSeronokkan jauh perjalanan luas pemandangan tengok-tengok tempat orang. Kuala Rompin ada banyak udang galah jugakkan?
Tahun berapa ntah tak ingat pernah pergi bercuti ke Sibu Island naik bot dari jeti dari Tanjung Gemok.
Seronok sangat Mrs A esp bila sampai tempat yg kita tak pernah lawati.
DeletePulau Sibu cantikkan Mrs A? Teringin juga nak jelajah pulau2 tapi tunggu anak-anak besar sikit :)
kari kepala marvalous ..
ReplyDelete😋
Delete