Cuba kira ada berapa kali perkataan kenduri kat atas tu? Tiga kan? Maknanya ada 3 kenduri kami hadiri Sabtu minggu lepas dan hujung minggu semalam.
1. Majlis bacaan Yasin keluarga Ira
Kuih koci versi modern ~ tidak lagi dibungkus dgn daun pisang tapi dimasukkan ke dalam bekas plastic. |
Kami sekeluarga dan beberapa jiran terdekat dijemput oleh family Ira untuk majlis bacaan Yasin di rumah mereka. Kesihatan ayah mertua Ira semakin merosot jadi sebagai ikhtiar, mereka menjemput anak-anak tahfiz serta jiran-jiran untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan buat ayah mertuanya. Ummi agak terkejut juga bila lihat keadaan ayah mertua Ira sekarang, susut badannya. Sekarang pun Pakcik terpaksa dipapah jika hendak bangun. Makan minum juga perlu disuapkan. Moga dipermudahkan segala urusannya.
Untuk Tok, dari Mak Bee |
2. Majlis Perkahwinan (Hj Halim)
Mulanya kami tak berhajat nak ke majlis ni memandangkan tidak pasti siapa empunya majlis hinggalah dimaklumkan oleh Timb. Pengerusi Surau bahawa beliau diwakilkan oleh tuan rumah untuk jemput semua jemaah surau dan keluarga ke majlis ni. Bila dah sampai ke Dewan Beringin, memang Walid kenal Hj Halim ni. Cuma agak pendiam orangnya kata Walid. Tercapai hajat tuan rumah bila ramai jemaah surau yang hadir.
3. Majlis Perkahwinan (Hj Jamil)
Sekali lagi Hj Jamil jemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anakanda beliau. Tidak pasti kumpulan kompang mana yang dijemput kali ni. Sebelum ni kami berpeluang menonton aksi Kumpulan Kompang 5 Beradik, kali ni kami sampai pun pengantin tengah bersanding. Terlepas nak tengok kumpulan kompang.
Jom baca:[Meriahnya persembahan Kompang 5 Beradik]
Kali ni majlis diadakan di De'Orchid, Gombak Setia. Cantik dewan ni di atas bukit. Artis jemputan pula Andy Flop Poppy. Tak tunggu pun persembahannya sebab nak jemput Abang balik tuition.
Buah potong 😍 paling sedap semestinya kedondong. Pertama kali makan kedondong bersama asam boi. Sedap! Dah plan nak cari kedondong buat kudapan begini hihi...
Ummi ingat cili yang merah tu. Terkejut juga bila Angah cakap dia nak makan. Rupanya jambu madu 😂
Didoakan pasangan mempelai berbahagia hendaknya dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah aamiin.
Terima kasih semua atas jemputan. Ini baru permulaan hihi... Minggu depan dan cuti sekolah bulan 3 ni pun dah ada jemputan. Alhamdulillah rezeki :)
Sesekali pergi kenduri kahwin best kan...
ReplyDeleteBest esp bab makan. Macam-macam ado haha
Deleteaida sgt suka gi kenduri.
ReplyDeleteanak2 pun dah mengikut kegemaran ibu dia.
pantang la org menjemput, aida mesti nak attend.
best kan.
Sama kita Aida. Maybe dari kecik mak selalu ajak gi kenduri, sampai dah besar pun suka gi kenduri.
DeleteKalau kat JDT ni kenduri kahwin hanya dibuat pada hari sabtu.
ReplyDeleteKadang2 sampai tak terkejar semua undangan
Ye ke tuan? Kat kl ni Sabtu & Ahad biasanya. Itupun bertindih juga jemputan, kadang tak sempat juga
Delete