Sunday, 2 February 2020

Warded


Lembaran ke 14-21, Bab 1, Hikayat 2020 (Selasa - Selasa) 

Kisah Ummi warded di Pusrawi baru-baru ni... 

Selasa ~ Ummi start sakit pinggang hingga ke kaki. Ada masa Ummi terpaksa bongkokkan badan bila berjalan, ada masa terpaksa jalan tegak macam robot :D bila baring pula, nak alih atau ubah posisi badan atau kaki aduhai siksanya Allah sahaja yang tahu. Sakit! Ini bukan kali pertama Ummi sakit pinggang, sekali sekala datang juga sakitnya. Faktor usia di samping malas nak bersenam kot...

Rabu ~ Ummi ke klinik. Doktor kata muscle tegang ni. Dapatlah pain killer, cream panas dengan ubat untuk relakskan muscle. Makan ubat tu kuranglah sikit sakitnya walaupun masih berterusan.

Khamis ~ Walid ke Prai, ada meeting. Bawa sekali Tok ke rumah Pakcik sebab kami nak pergi bercuti sempena CNY. Start hari ni Ummi dah mula hilang selera makan, start rasa tak sedap badan. Malam tu Ummi cuma masakkan mee segera untuk anak-anak. Ummi pun makan 3-4 suap je, tak lalu. I started to feel that something is wrong with my body.

Jumaat ~ Walid sampai dari Prai terus bawa Ummi ke klinik. Terkejut Dr D tengok keadaan Ummi yang pucat dan tak bermaya. My last meal was the mee segera. Jumaat tu cuma makan suku biji donat je. Air tak sampai secawan pun Ummi minum. I was dehydrated. Habis sebotol air, kami balik ke rumah.

1st drip di klinik. 

Sabtu ~ I spent the whole day on the bed. Pening, sakit-sakit badan, semua dah rasa. Hari ni makan buah limau dengan anggur je. Solid food dah 2 hari tak ambil. Ada wedding anak Kak Umi di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati. Walid pergi dengan anak-anak je.

Ahad ~ Ummi dah lemah sangat today. Ajak Walid ke Pusrawi. Memang rasa nak admit je so that I can be properly treated. Sebelum tu, singgah klinik ambil referral letter dulu. Doktor yang bertugas suspect Ummi kena denggi sebab dah > 3 hari Ummi demam. Ummi diam je sebab tak boleh nak fikir dah. Dalam kepala, terbayang katil kat Pusrawi nun. Nak drip and rest. Sampai di ER Pusrawi, regi dan buat ujian saringan alhamdulillah tak demam pun. BP semua ok. While waiting to see the doctor, Ummi rasa nak collapse. Terus nurse sorong (dengan wheel chair) ke emergency ward kat belakang tu. Leganya Ummi dapat katil dan selimut! Lemah sungguh, tak tahu nak cakap. Kepala pun pening je. Sample darah Ummi diambil kemudian Ummi kena drip. Untuk permulaan, 2 botol dulu. Satu vitamin, satu air. Bila dah dapat result, doktor datang maklumkan Ummi kena demam denggi. Hah? Memang terkejut Ummi. Terus menangis haha... Tiba-tiba rasa sentimental 😅

@Pusrawi 

By 6pm, Ummi transfer ke wad. Alhamdulillah ada last single room untuk Ummi, bilik VIP. Kenalah top up sikit duit sebab lebih dari limit yang  PM Care cover. Takpelah, janji dapat bilik single. Since Ummi admitted sebab demam denggi, jadi adalah beberapa perkara yang perlu dibuat;
1. Setiap kali minum, Ummi kena sukat dan rekod berapa ml air yang di minum beserta jenisnya - air suam ke, 100 Plus ke dsbnya.
2. Air kencing pun sama, kena ambil sukatan juga. Adalah nurse bagi bekasnya. Kena rekod juga.
3. Makan dan buang air besar juga kena rekodkan. Just tick Y/N.

Inilah form yang Ummi kena isi. Siang satu, malam satu. 

Pejabat Kesihatan Daerah Gombak pun ada call Ummi. Sebab dapat report dari Pusrawi kes denggi Ummi ni. Katanya nak datang buat inspection di rumah dan interview Ummi sikit sebanyak.

Selain tu, doktor prescribed untuk Ummi 4 botol air sehari untuk drip. Sepanjang hospitalised, total 6 botol air (dan vitamin) Ummi kena drip. 

Isnin ~ Pagi-pagi nurse datang ambil darah, cek BP serta suhu badan. Ummi tak demam and slowly recovered. Badan dah rasa bertenaga sebab dah boleh makan dan minum. Nurse kata bacaan platelet darah (PC - platelet count) Ummi naik. Alhamdulillah. Bila time doktor visit, dia tengok file Ummi terus dia tanya "Siapa yang cakap you demam denggi?" Agaknya doktor pun hairan dengan Ummi ni, demam tidak, PC pun naik, simptom denggi yang lain spt muntah, cirit, sakit sendi dsbnya juga takde. Tapi doktor buat thorough check up juga; periksa nadi, paru-paru, perut semuanya alhamdulillah OK. Tapi kata doktor, you demam virus ni. Ada sikit problem dekat hati. Ah, sudah! Kenapa dengan hati saya doktor? Katanya ada keradangan sikit. Nanti you makan ubat oklah (Insha Allah). The good news is doktor kata esok kalau semua ok you boleh balik. Yes!

Selasa ~ Pagi-pagi nurse bagi tahu PC Ummi dropped sikit but still within the normal range. Doktor pun dah bagi clearance untuk discharge. Alhamdulillah. Total 6 botol air dan vitamin dimasukkan ke badan Ummi. Terus rasa sihat walafiat :) cuma sakit pinggang tu sekali sekala datang juga. 

Tapi, nun di Jitra sana, hari ni Tok Umi urdergo her 2nd TKR (Total Knee Replacement) operation. Dah setel operation Tok Umi tu barulah Ummi maklumkan pada keluarga Jitra Ummi warded. Taknak bagi Tok Umi susah hati. Alhamdulillah operation Tok Umi berjaya and she is now slowly recovering.

Itulah seminggu yang penuh dugaan untuk Ummi. Jarang Ummi sakit sampai kena warded begini. In fact, ini kali pertama Ummi warded sebab demam. Selalu warded sebab alahan pregnant atau bersalin. Sampai ada pula yang 'speku' Ummi mengandung haha... Arwah Pakcik siap cakap dengan Ariel, kalau Maksu dapat adik (baby), susahlah Papa nak tinggal Ariel kat Maksu. Pakcik ni, macam tahu-tahu je dia nak 'pergi' 😭😭😭

19 comments:

  1. Allahu. semoga cepat sembuh dan dikembalikan kesihatan seperti sediakala. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat dah Umi. Terima kasih ye 🌹🌹🌹

      Delete
  2. Syafaakillah Puan Hazel..
    Semoga dikurniakan kesembuhan yg segera. Aamiin 🤲🏻❤️

    ReplyDelete
  3. Semoga diberikan kesembuhan dan sihat kembali. Aaminn

    ReplyDelete
  4. Allahu....kesian Ummi. Alhamdulillah dah sihat takde apa-apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat dah kak laili. Terima kasih 🌹🌹🌹

      Delete
  5. What an ordeal! I hope that you are on the road to recovery and feeling much better now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm fully recovered PH. Thanks for your concern 🌹🌹🌹

      Delete
  6. alhamdulillah semoga akk diberi kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah semoga akk diberi kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  8. syafakillah moga kembali sembuh seperti sedia kala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Anies 🌹🌹🌹
      Alhamdulillah sihat dah :)

      Delete
  9. Alhamdulillah dah kembali sihat ya PH.

    ReplyDelete