Thursday, 13 February 2020

Pokok cili belakang rumah ๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️



Keluar sahaja dari wad tempohari, antara perkara pertama yang Ummi buat ialah menjenguk kebun belakang rumah. Rindu, risau semua ada. Masa tu cuaca panas kering, risau pula pokok-pokok Ummi mati especially pokok-pokok cili. Rindu sebab hari-hari Ummi 'berbual' dengan pokok-pokok ni ๐Ÿ˜Š

Baca sini: [Ummi masuk wad

Sedang Ummi menyiram pokok dua tiga hari lepas, jiran belakang rumah tanya...
Kak F:  You tak tanam peria lagi ke? I sukalah makan peria katak you tu
Ummi: Tak, sekarang I tanam cili :) 


Kemain bunyinya...macam ada kebun seekar, padahal sekangkang kera je haha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Tapi betul, di kebun Ummi ni sekarang banyak pokok cili. Dan alhamdulillah semuanya dah mula berbunga dan berbuah. Ada sepokok cili burung tu meriah sungguh bunga dan buahnya.

Ini champion.
Bunga dan buah paling banyak. 

Yang lain-lain baru nak cuba-cuba berbunga/berbuah...

Cili kampung ๐Ÿ˜

Cili hijau ni macam cili solok warnanya tapi sizenya tak segemuk cili solok. Sebesar size cili merah je. Ummi semai benih cili merah tapi cili jenis ni yang tumbuh. Ada 3 pokok ni... Semua dah berbuah. 




Cili merah ada 2-3 pokok. Dah merasa hasilnya alhamdulillah.


Yang ni kecik je pokoknya tapi dah berbunga... 

Ahli baru di kebun, bayam Brazil. Cucuk batang je, alhamdulillah hidup. 


Rahsia penjagaan? Ummi siram dengan air basuh beras dan air basuhan ikan. Itu je. 

9 comments:

  1. Popular betul bayam Brazil. Mak dan Uwan dah cuba tanam.

    ReplyDelete
  2. Sama la kita siram dengan air basuhan beras dan air basuhan ikan atau ayam..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. hijau segar bugar ^_^

    ReplyDelete
  4. sedih la plak.
    bayam brazil aida dah mati.
    melaka kemarau. panas.
    dlm x sedah, sekejapan bayam brazil dah kering :(

    ReplyDelete