Monday, 10 February 2020

Al Fatihah ~ Abam Bocey



Terperanjat dan seakan tak percaya. Itulah reaksi Ummi bila mendapat perkhabaran akan pemergian artis lawak popular, Abam Bocey semalam.

Credit: BH 

Lebih memeranjatkan Ummi, sebelah paginya Ummi masih dengar suara Abam di radio Zayan. Baca status Ummi di bawah.. 


Walaupun tidak mengenali arwah secara peribadi tapi pemergian beliau secara tiba-tiba tidak dapat tidak mengingatkan Ummi kepada pemergian Pakcik genap 16 hari semalam. Selain berdukacita pastinya perasaan terkejut tetap mengganggu perasaan. Didoakan agar keluarga arwah Abam tabah dan redha dengan ujian ini. Siapa kita untuk menolak mahu pun mengubah suratan takdir yang telah tertulis di Luth Mahfuz.

Jalan sesak menuju ke Masjid Gombak Utara, singgahan terakhir sebelum arwah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Pusu. 


Dulu, arwah Tok Wan pergi dalam keadaan sakit. Keluar masuk hospital sudah jadi perkara rutin. Menjelang sambutan Tahun Baru Cina 2001, arwah sekali lagi dimasukkan ke hospital. Dan itulah kali terakhir untuk arwah. Bila dapat berita duka tersebut pastinya Ummi menangis dan bersedih. Tapi dalam situasi arwah selalu keluar masuk hospital, sedikit sebanyak Ummi bersedia menghadapi segala kemungkinan. Berbeza dengan Pakcik. Ummi bukan setakat menangis tapi terkejut yang amat sangat. Perginya secara tiba-tiba, dalam keadaan yang kami tidak pernah bersedia untuk kehilangannya. Tapi akhirnya sebagai orang beriman, kita tetap akur dan redha dengan ketetapan-Nya. Bila tiba ajal kita, tidak dipercepatkan mahu pun dilewatkan hatta sesaat pun.

Salam takziah buat seluruh keluarga arwah, sanak saudara dan rakan taulan arwah. Kehilangan ini pasti diratapi. Tutur kata, senyuman dan telatah arwah pasti sentiasa dirindui. Moga arwah ditempatkan di kalangan para solehin. Aamiin.

Credit source.

8 comments:

  1. innalillah...
    moga abam ditempatkan di antara org2 yg beriman.
    sedih. aida suka abam. dia selamba, releks. tak over.
    ingat lagi ada satu MLM ke raja lawak, ada juri yg sebut, abam berdiri pun dah buat org ketawa.
    kehilangan yg besar utk industri komedi tanahair.

    ReplyDelete
  2. al-fatihah untuk arwah abam bocey

    ReplyDelete
  3. Sedih kan...dah ajal dia meninggal dalam usia muda..SA sedikit terkesan sbb SA sangat minat dengan arwah...satu kehilangan besar dalam industri muzik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SA.
      Orang baik ni, aura dia lain. Even tak kenal secara personal pun kita rasa kehilangannya kan.

      Delete
  4. Kematian yang dicemburui.
    Mrs. A pun sedih je bila baca kat IG ramai celebrity dan ustaz-ustaz buat tribute untuk arwah.

    ReplyDelete
  5. Do you understand there's a 12 word sentence you can speak to your man... that will trigger intense feelings of love and instinctual attraction to you deep within his chest?

    That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, look after and guard you with his entire heart...

    12 Words Will Trigger A Man's Desire Response

    This impulse is so hardwired into a man's mind that it will make him try better than before to take care of you.

    As a matter of fact, triggering this mighty impulse is absolutely binding to having the best possible relationship with your man that as soon as you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You'll soon notice him open his soul and mind for you in a way he haven't experienced before and he'll identify you as the only woman in the world who has ever truly attracted him.

    ReplyDelete