Sunday, 9 February 2020

Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin Pahang



Siapa sangka nun di Kuala Rompin ada sebuah resort yang sangat menarik untuk dikunjungi. Kami tertarik untuk menginap di sini memandangkan ianya dibuka semula pada 2018 selepas ditutup sementara. Menurut Senior Sales Manager yang kami temui, resort baru ni dibuka on the same day resort lama (chalet) ditutup. Lebih mengujakan, resort ini di bawah pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB), pastinya tidak mengecewakan.


Lanjut Beach & Golf Resort (LBR) ini letaknya di Kampung Lanjut, Kuala Rompin. Pantainya pula bernama Pantai Lanjut. Di hujung kampung sana pula ada satu lagi pantai namanya Pantai Bernas di Kampung Bernas. Jarak dari LBR ke pekan Kuala Rompin kira-kira 10-15 minit pemanduan. 


Seronok berbuai sambil dihembus angin pantai...





Jika kita dari Kuantan atau Muadzam Shah kita akan jumpa simpang ke LBR dalam 1km dari persimpangan Leban Chondong. Jika memandu dari Kuala Rompin, Mersing atau JB, boleh ke sini melalui simpang Jalan Kg Ayau. Nanti nampaklah ada orang memancing udang galah di tepi Sungai Rompin.

Panorama indah matahari terbenam di Sungai Rompin.

Nyata apa yang kami harapkan tidak mengecewakan. Certain aspects were beyond expectation. Rasa hilang penat perjalanan yang diharungi selama 4 jam bila disambut mesra oleh staff yang peramah, suasana resort yang mengasikkan serta bilik yang selesa. Alhamdulillah berbaloi bayar mahal-mahal :p

Lobi yang luas dan selesa. 

Ini bilik kami, deluxe triple pool view. Harga semalam RM270 with breakfast for 3 person. Bilik strategic sangat, berhampiran pool. Buka je sliding door, dua tiga langkah terus ke outdoor shower, bersihkan badan... Apa lagi, teruslah terjun ke kolam. Terbaik 👍👍👍


Ada orang dah tak sabar nak ke pool 😂


Dalam bilik ni lengkap dengan segala facilities seperti iron, iron board, safety box, mini fridge dll. Sejadah juga disediakan.



Bahagian luar... 


Resort ni 2 tingkat sahaja. Setiap bilik tu dilengkapi kerusi meja untuk bersantai di veranda. Pelampung tu kami beli di sini juga, ada di jual dengan harga RM5. Murah je, tidaklah mencekik harganya. 

Guests memang ramai that time because it was on the CNY break. Ada few group bookings for family day, dinner dsbnya but resort ni besar. Everyone got their own space to enjoy, no worries. Pelbagai tarikan disediakan disini jadi tidaklah satu tempat sahaja yang jadi tumpuan. But the winner of course the Olympic size swimming pool. Be extra careful because the pool is 1.7m depth. Ummi pun tenggelam!


Kemudahan yang disediakan di resort ini termasuklah gymnasium, padang golf, memanah, gelanggang bola sepak pantai, sewaan basikal, bilik karaoke, bilik game dll... Padan muka Abang, sibuk sangat nak ke bilik game. Tak sampai setengah jam, masam je muka balik ke bilik. Kenapa bang? Habis duit Abang Ummi, tiga belas ringgit. Itulah Ummi dah larang, nak juga pergi. Biarlah dia ambil pengajaran 😅

Memang enjoy sangat di sini. Tenang je apatah lagi tatkala merenung ombak yang tak jemu menghempas pantai. Asyik! Sayangnya time kami datang tu bukan waktu yang sesuai untuk mandi pantai kerana ombak besar dan kuat. Cukuplah sekadar bermain pasir di gigi pantai, pesan pekerja di sini.




Suasana di kafe... 
Luas dan selesa. Ada aircond and open area for guests to enjoy their breakfast. Untuk kids >5 y/o, dikenakan caj RM13 untuk breakfast buffet. Rezeki kami, hanya Angah yang dicaj. Kakak free. Adik as usual, complimentary.






Malam-malam ada Street BBQ di kafe. 

Sekitar jam 8.00 pagi ada sesi kesukaan mak-mak, zumba session haha... Ramai juga yang ambil bahagian. Seronok tengok depa bergelek sambil bersenam. Pandang dari jauh je lah Ummi ni. Anak-anak pakat berendam dalam kolam, jadilah Ummi life guard tak bergaji :D Depa ni pun, kids pool ada tapi seronok mandi di kolam dewasa juga. Belikan pelampung sorang satu lagilah depa seronok. Tapi main di tepi je, ada tangga besar, ada pelantar untuk duduk dan bahagian cetek separas lutut Adik. Main situ je.


Sebelah malam pula, ada fire show. Kagum budak-budak ni tengok api keluar dari mulut abang-abang sado tu haha... Penutup show, depa jemput kids untuk menari Chicken Dance. Kemain anak-anak Ummi bergelek depan penonton hihi...


Alhamdulillah satu percutian yang sangat menarik dan meninggalkan kenangan yang manis untuk kami. Sikit masa lagi katanya semua resort di bawah pengurusan PNB akan ditukar nama. Dari LBR ke Villea Rompin. Tak kisahlah apa namanya tapi yang pasti resort ini dan Kuala Rompin adalah destinasi yang sangat berbaloi untuk dilawati. 


Lanjut Beach and Golf Resort
Kampung Lanjut
26800 Kuala Rompin
Pahang Darul Makmur

6 comments:

  1. pernah stay sini dlu time kecik2 ikut papa outstation tp stay yg chalet..dpt mandi kt pool besar tu best..ingtkan dh tkde dh resort ni

    ReplyDelete
  2. Ada MT... Tp yg chalet dah tutup. Dijadikan asrama pekerja.

    ReplyDelete
  3. sgt menarik ni.
    luas. bersih. da lama x berjalan di pahang.
    next next week maybe nak naik pantai timur.
    asben ada keje. tgh pk lagi ni - nak stay kota bharu or tok bali.

    ReplyDelete
  4. okeh..SA masukkan dalam wishlist..mana tau bleh bercuti tahun ni area sini...terima kasih atas perkongsian ye

    ReplyDelete
  5. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    Well over 160,000 women and men are trying a easy and secret "liquid hack" to drop 1-2lbs each night as they sleep.

    It is simple and works all the time.

    This is how to do it yourself:

    1) Take a clear glass and fill it up with water half full

    2) Then use this weight losing hack

    you'll be 1-2lbs thinner in the morning!

    ReplyDelete
  6. Boleh ke kalau nak ke pantai lanjut tanpa stay di hotel tu? Ada jalan lain untuk ke pantai lanjut tanpa maduk ke hotel?

    ReplyDelete