Jika di-Google 'makan sedap di Kuala Rompin' pasti akan muncul Warung Kopi Johan di skrin phone/komputer. Mula tu Ummi ragu-ragu juga sebab ingatkan ini kedai kopi atau kopitiam tapi bila diselidiki, Warung Kopi Johan ni menyajikan pelbagai lauk pauk kampung untuk hidangan makan tengahari membuatkan kami semakin teruja untuk ke sini. Tambahan pula, ada hidangan udang galah sepit biru idaman hati.
[Baca sini: Bercuti di Kuala Rompin]
Jadi, inilah destinasi pertama kami di Kuala Rompin. Kami sampai waktu kemuncak, tapi alhamdulillah lauk pauk masih banyak. Kerusi meja kosong pun masih ada untuk kami duduk.
Masing-masing dah lapar jadi terus mencari lauk idaman hati. Konsepnya layan diri. Pilih nak makan apa, senduk dalam pinggan masing-masing. Air saja kita order dan pelayan hantar ke meja. Nanti ada pekerja akan datang kira. Siap print out receipt lagi.
Sambil memilih lauk, mata Ummi terpandang poster yang mempamerkan kopi special yang ada di warung ni. Teringin mencuba, Ummi order segelas kopi ais.
Walah! Seriously sedap kopi ni. One of the best kopi yang Ummi pernah minum. Ummi bukan penggemar kopi. Jarang nak order kopi sebab kalau Kopi terlalu pekat, Ummi mudah sakit kepala atau berangin badan. But this one is really good. Tak terlalu pekat, tak terlalu manis. Sedang elok kata orang. Sedap sangat sampai 2 hari berturut-turut beli kopi ais di sini.
Semua sekali RM77 termasuk udang galah masak lemak. Seekor tu harganya RM28. Redha je lah sebab sekali sekala je nak merasa. Mujur dah habis licin baru tahu harganya. Walid simpan resit dalam poket. Kalau tak, tak lepas telan kot. Mahai haha... Tapi secara keseluruhannya OK harga makanan di sini. Untuk 5 orang, munasabah harganya. Makanan sedap belaka, servis cekap, pekerja mesra dan kedai pun bersih. Berbaloi dengan apa yang kami makan dan apa yang dibayar.
Berkongsilah kami 4 beranak udang seekor tu. Lega Angah & Adik taknak haha... Nak buat macamana, itu je yang tinggal. Yang penting dapat rasa alhamdulillah. Baru hari pertama pun. Esok lusa kita buru udang galah lagi ye.
Yang paling best lepak di Warung Kopi Johan ni ialah suasana kedainya. Kedai terletak berhampiran simpang di jalan utama, di bawah pokok. Tahulah kalau kedai bawah pokok, dengan redup, berangin pula... Memang layan...
Rasa nak lepak lama-lama je.
Bersih dan nyaman |
Replika tembikai tu landmark kedai ni. |
Anak-anak pula kami biarkan main daun-daun kering dan ranting-ranting kayu di bawah pokok. Ada kucing, ada ayam excitedlah depa. Biarlah depa lepaskan lelah 4 jam berhimpit dalam kereta. Ummi Walid pula dating sambil minum kopi ais haha... Kalau tak kerana waktu solat dah hampir mahu saja kami lepak lebih lama di sini.
Kedai di buka untuk sarapan dan makan tengahari. Waktu operasi sekitar jam 8.00 pagi hingga 3 ptg.
Kalau ke Kuala Rompin jangan lupa singgah di sini untuk menikmati keenakan juadah makan tengahari dan kopinya.
Warung Kopi Johan
Jalan Hospital
Kuala Rompin
26800 Rompin
Pahang Darul Makmur
(Berhadapan Shell Kuala Rompin)
Alhamdulillah nikmat dirasai bersama keluarga 😍
ReplyDeleteYang sikit sama di rasa, yang banyak sama disyukuri. Eh ye ke? Haha...
ReplyDeletewow. kalau ke rompin nanti, boleh refer sini.
ReplyDeletemurah pun murah rege nyer :)
puas hati makan.
aida peminat kopi tau. best nyer lah!!!
Yes, please singgah if you happen to be there :)
ReplyDeleteAlhamdullillah ummi... Tq komen yang baik² ttg kedai kami...
ReplyDeleteTadi baru singgah kat kedai ni,bermacam aneka lauk pauk.tempat pun santai..⭐⭐⭐⭐⭐
ReplyDeleteKecewa dtg makan dari jauh kuahnya masin dan tak kena...apa lah yg viral sngt
ReplyDelete