Monday, 2 September 2019

Casuarina@Meru 2019


Ada ni hah 😊... Baru balik dari kampung. Raya haji tempohari tak balik, jadi ada cuti panjang ni kami baliklah kampung ziarah orang tua. Sementelah 30/8 Abang Angah cuti ganti. Sepatutnya cuti 1 Zulhijjah (2/8) hari tu tapi that time tengah exam jadi dibawa ke 30/8. Kakak pontenglah sekolah jumaat tu. Ambil Abang & Angah dari sekolah terus bertolak ke Ipoh, hantar Tok ke rumah Pakcik.

Sekitar jam 8 malam kami sampai di Hotel Casuarina@Meru. Kali ni rezeki menyebelahi kami. Ada bilik kosong dengan harga yang sangat murah, RM116 untuk bilik deluxe twin (without breakfast). Mungkin sebab kami check in on weekdays jadi harganya lebih murah. Selalu kalau kami survey untuk booking hotel ni terutamanya waktu perayaan harganya mencecah RM200. Selalunya kamu pilih hotel bajet sahaja. yang ada di sekitar Meru ni. Sekadar nak berehat semalam, tak kisah pun. Tapi kali ni bila compare harga Casuarina dengan the other hotel yang kami suka juga nampaknya rate Casuarina lebih menarik. Haruslah kita rebut peluang sebegini. 

Jumpa Boboiboy & gang di lobi hotel 😊

Kenapa suka bermalam di Meru? Sebab lokasinya sangat hampir dengan lhighway. Tak perlu memandu jauh ke Bandaraya Ipoh, cukup sekadar berhenti rehat di Meru. Kami perasan hotel bajet di kawasan ini pun semakin bertambah. Antara yang baru ialah Clover Hotel dan T Hotel. Lain kali boleh cuba hotel-hotel ni.

Sama seperti pengalaman kami sebelum ni (2014) Casuarina@Meru is still the best hotel in this area. Service, layanan dan fasiliti yang disediakan sangat memuaskan hati. Pendek kata, takde apa nak complain :)

Bilik kami ...








Bunga di hallway. 
Cantik tatariasnya. Boleh jadi inspirasi untuk hias rumah. 


Anak teruna ni dah pandai posing. 

2019
2014


4 comments:

  1. Murahnya semalaman menginap, betul tu harga weekdays lebih murah dari harga weekend. Bertuah anak2 menginap hotel cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat rate murah kali ni :)

      Delete
  2. alhamdulillah dekorasi hotel nampak sangat menarik, exclusive ja ^_^

    ReplyDelete