Monday 9 September 2019

Ke Kebun Tok Ayah




Petang hari kedua di kampung, kami bersepakat dengan Paksu sekeluarga untuk ke kebun (dusun) Tok Ayah. Haziq & Co memang selalu je ke kebun Tok Ayah untuk petik hasilnya. Kami je yang jarang ke sana, sebab selalunya balik sekejap sahaja. Tapi, memandangkan sekarang musim buah-buahan rugilah kalau tak ke kebun. Macam pelik pula sebut kebun hihi... Ummi biasanya kalau kebun buah-buahan ni panggil dusun. Kebun tu bagi kami (orang Baling) merujuk kepada kebun sayur atau kebun getah. Tak kisahlah... 

Selain anak-anak yang excited, Ummi pun sama. Masakan tidak, nampak buah rambutan, dokong tengah masak ranum. Dah lama Ummi tak rasa feel sebegini. Terimbau segala kenangan musim buah di dusun arwah Tok Wan suatu masa dulu. Kami anak-anak kampung bebas memetik buah-buahan yang masak ranum tanpa rasa takut atau bersalah. Maklumlah satu kampung bersaudara dan saling berkongsi. Hari ni kami panjat pokok manggis Tok Wan, esok hari kami di atas pokok rambutan Wan Cik pula. Dulu-dulu tak mainlah kait-kait buah ni, panjat terus pokoknya 😄😄😄

Ini pun ikutkan hati, nak juga panjat pokok dokong dan cempedak tu. Tapi sedar diri dah kertu, biar Paksu je lah panjat :D 


Putik buah nona. Kenal buah ni? 

Limau telur buaya, sedap dibuat acar limau. 





Hasil yang kami petik dari kebun Tok Ayah... 


Ini pula air tangan Ummi hasil dari kebun Tok Ayah 😊

Kerabu Jantung Pisang 

Sambal Hitam (Belimbing) 

Seronoknya balik kampung... 

11 comments:

  1. besarnya jantung pisang yg dalam baldi tu..
    rambutan tu pulak menggoda sangat warnanya

    ReplyDelete
  2. uihhh kak.. besar betul jantung pisang tu. sedap ni buat ulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang apa pun kami tak tau, angkut je bawa balik hihi...

      Delete
  3. Mak aiiii meriahnya hasil kebun.
    Dgn rambutan kemain merah, jantung pisang domok2 😍

    ReplyDelete
  4. Seronoknya pi dusun buah-buahan.
    Arwah Uwan/Atok Mrs. A sebelah emak ada dusun durian time kekecik dulu memang rajin pergi tapi sekarang dah takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat Mrs A. Harap dusun ni kekal utk warisan anak-anak pula

      Delete
  5. Seronok kan bila dpt pigi kebun n petik hasilnya..

    ReplyDelete
  6. Seronoknyaaa, thanks for sharing,.
    Kunjungi juga http://bit.ly/2lDHemq

    ReplyDelete