Tujuan utama kami pulang ke kampung kali ini ialah untuk menziarahi Tok Umi yang baru menjalani pembedahan lutut ( TKR - Total Knee Replacement) pada 21 Ogos lepas. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan Tok Umi pun makin sihat dari hari ke hari.
Tok Umi warded dalam seminggu juga. Setiap hari anak cucu datang 'piknik' di wad.
Kakak tak berpeluang sambut Merdeka tahun ni dengan kawan-kawan sebab Jumaat tu dia ponteng sekolah. Mujur juga Khamis tu cikgu buat pertandingan mewarna tema Merdeka, merasa jugalah tempias sambutannya.
Sambutan Hari Merdeka di sekolah Kakak. |
Khamis malam tu juga diadakan majlis bacaan Yasin untuk anak-anak SRAI yang akan menghadapi UPSR, PSRA dan UPKK. Missed this event too.
Kami tiba di Jitra sekitar jam 11 pagi. Seronok dan lega bila dapat lihat sendiri keadaan Tok Umi. Tok Umi pun nampaknya ceria dan ligat ke sana ke mari dengan walking framenya. Risau juga tapi kata Tok Umi memang doktor pesan suruh banyak bergerak supaya peredaran darah lancar instead of duduk/baring sahaja.
Untuk lunch, Maksu dah tolong masak. Alhamdulillah biras Ummi memang baik hati. Nasi pula Tok Ayah dah tanak. Ummi cuma tolong bakar ayam sahaja. Itupun dah diperap dan direbus oleh maklong dan Yati, pembantu Tok Umi. Senang kerja Ummi 😅
Gulai ikan nyok nyok 😋 |
Sambal sotong petai |
Makan lepas solat jumaat, memang bertambah-tambahlah sebab semua lapaq!
Ahad kami balik semula ke Gombak. Alhamdulillah walaupun singkat tapi bermakna. Bak kata Walid, mission accomplished.
lama dah tak makan ikan nyok nyok...kena balik rumah Mama baru merasa. Nak masak sendiri macam tak reti je
ReplyDeleteðŸ¤
Deletealhamdulillah...semoga tok ummi semakin sihat dan kekal sejahtera hendaknya...ameen
ReplyDeleteAamiin aamiin aamiin tq Sunah ❤️
Deletesemoga tok ummi cepat sembuh seperti sediakala..
ReplyDeleteAamiin.
DeleteTq akhi.
Semoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
ReplyDeleteNgeri pulak Mrs. A bila mengenangkan lutut sendiri yang problem meniscus ni
Aamiin tq Mrs A.
DeleteHarapnya semua ok Mrs A. I pun seriau bila tengok ramai nau warga emas kena buat TKR ni :(