Wednesday 25 September 2019

Bubur Asyura Kedah (Noxxa Style)


"Sini (Gombak) takdak ka orang jual bubur Asyura?" tanya Tok. 

" Eh, ada ka orang juai bubur Asyura Mak?" Ummi balas dengan pertanyaan juga sebab tak pernah jumpa lagi bubur asyura ni dijual seperti bubur lambuk tu. 

" Di Ipoh ada... Kakcik selalu beli... Kat kawan dia" balas Tok. 

Oh, tempah la tu, homemade. Ingatkan orang jual tepi jalan 🤭 Kat Gombak ni lagi canggih Tok ooi... Tak payah tempah, tak payah beli. Hat depan mata Mak ni boleh buat sendiri tau! Haha... Ada Noxxa semua jadi, kata orang. Eh tak juga.... Kalau malas, tak jadi juga ahaks! 

Ini kali kedua Ummi buat bubur asyura dengan periuk Noxxa dan juga kali kedua guna resepi Kak Noor ni. Cuma bahan-bahan tu apa yang ada sahajalah. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan tepung/gula dsbnya. Ini cerita bubur Asyura tahun lepas. 

Inilah resepinya yang Ummi ringkaskan untuk kemudahan diri sendiri. Sila rujuk resepi penuh di blog Kak Noor ye. 


Bubur Asyura Kedah {Noxxa Style) 

Bahan A
2 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
* Satukan air dan gula Melaka di atas api. Bila gula Melaka larut, masukkan gula pasir. Tunggu hingga gula pasir larut, matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula tersebut sejuk.
2 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam
* Satukan semua bahan A (termasuk air gula tadi) di dalam blender. Kisar sebati untuk dapatkan adunan yang halus/tidak berketul.

Bahan B (HP dengan Noxxa)
Kacang hijau - bersihkan dan toskan.
Keledek - kupas kulit dan potong dadu.
Masukkan kacang hijau ke dalam inner pot Noxxa beserta 1 cawan air. Tutup penutup dan set tombol pada butang "Pressure". Tekan HP mode selama 15x.
Selepas bunyi 'beep', release wap. Masukkan pula keledek dan HP lagi selama 3 minit.

Bahan C
Daun pandan - disimpul
Sagu - rendam sekitar 5 minit dan toskan
Jagung - ambil isinya sahaja

Cara-cara
1. Bila Bahan B telah sedia, tuang Bahan A (adunan tepung & air gula yang telah di kisar tadi) ke dalam inner pot Noxxa.
Masukkan sekali bahan C. 
2. Dengan mode stir fry, mula mengacau bubur ini. Masa mengacau lebih kurang 15 minit sahaja. Adunan ini perlu dikacau sentiasa agar ianya tidak berkerak dan masak sekata. 
3. Bila adunan mula mengeras, OFF periuk Noxxa. Alihkan bubur ke dalam bekas yang disukai. Biarkan bubur sejuk dan mengeras pada suhu bilik.
4. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Dapat 8 bekas kecil ni. 


Walid kata sedap alhamdulillah 😊
Tok pula kagum sebab sekejap sangat dah siap buburnya hihi... 

Selamat mencuba 🤗

6 comments:

  1. alaa rindunyaaa bubur asyura kedah ni!

    ReplyDelete
  2. ammi tak pernah makan pun bubur asyura...

    ReplyDelete
  3. pandai akak buat bubur asyura..

    ReplyDelete
  4. dapnyeee.. yang utara sedap hahaha..
    tapi Gombaknye sedap gak. tahun depan akak buat CT singgah amek sebekas ehehhh..

    ReplyDelete
  5. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete
  6. Superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place..If you're looking for the best Things to do in the world, this list has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

    ReplyDelete