Sedar tak sedar dah tamat kelas tambahan UPKK yang Abang sertai di Akademi Fateh Hakim (AFH), Gombak. Bermula dari bulan Februari hinggalah semalam, 16 September rutin Abang setiap Sabtu ialah menghadiri tuition di sini. Dari pagi hingga tengahari dan ada ketikanya hingga ke petang.
Memandangkan Abang sekolah SRAI, subjek KAFA di sekolahnya berdasarkan kokurikulum JAIS. Manakala untuk Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) silibus yang digunakan ialah silibus JAKIM. Kesempatan anak-anak SRAI belajar silibus JAKIM hanyalah pada setiap petang Jumaat semasa kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah. Hanya 2 jam seminggu. Disebabkan itu, kelas tambahan di luar sekolah penting bagi mereka menguasai silibus JAKIM ini.
Semalam telah diadakan jamuan perpisahan serta majlis bacaan Yasin & solat hajat untuk UPKK. Ujian bertulis akan bermula 30 September ni. Hari ni juga bermulanya ujian lisan subjek Al Quran. Jadi, harapnya fahamlah kalau Ummi jarang menulis di sini. Mak is nervous 😅
Kami dah berhajat untuk buat kenduri sempena Abang nak exam ni. Bukanlah kenduri besar, sekadar belanja Abang dan kawan-kawannya makan. Asalnya Ummi nak tempah kuih masa majlis bacaan Yasin yang dianjurkan oleh pihak sekolah hujung bulan lepas. Tapi kami balik kampung. Akhirnya, jadi rezeki kawan-kawan seperjuangan Abang yang sama-sama ikuti tuition di AFH.
Ummi tempah nasi campur untuk hidangan tengahari anak-anak ni. Alhamdulillah air tangan mama Qaisara @ Kak Ita Fun Run ni memang sedap. Ummi kenal Kak Ita ni waktu kami sama-sama joined Fun Run hari tu. Itu sebabnya panggil Kak Ita Fun Run :) Walaupun tua sikit dari Ummi, tapi lari laju dari Ummi 😂 Dengan Kak Ita ni lah juga Ummi tempah kuih masa Aqiqah Sumayya.
Siapalah yang tak tergoda tengok kari ayam ni kan...
Dapat juga merasa... Ada extra, Abang bawa balik untuk Ummi. Memang sedap 👍 |
Kata abang, kawan-kawan cakap sedap. Masing-masing kenyang dan puas makan. Alhamdulillah memang itu hajatnya pun, nak bagi anak-anak ni makan sedap, makan kenyang-kenyang.
All the best anak-anak. Ummi doakan semua dapat 8A aamiin.
amin.. semoga berjaya & dipermudahkan
ReplyDeleteAmmi pun sama nervous jugak Ummi... semoga anak-anak kita dipermudahkan ketika menjawab.
ReplyDeleteKyra nama nombor 11 dalam aliran...mungkin esok lusa lah kot ujian lisannya. Risaunya lahai. Boleh berdoa jelah ammi ni..nak solat hajat tengah "bercuti" pulak.
All the best, semoga dipermudahkan semuanya anak anak nak exam ni.
ReplyDeletegood luck putera puteri soleh solehah semoga cemerlang dunia akhirat, aamiin.. sedap2 menu kan hehe :)
ReplyDeleteAaaminnn... semoga dikurniakan keputusan yang cemerlang.
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga yang memberi akan bertambah-tambah lagi rezeki
Aamiinn.....semoga dipermudahkan & semoga berjaya dengan cemerlang 💪💪💪
ReplyDeleteGud luck ye anak anak semua.... Yelah PH ptg ptg mcm ni tengok kari dengan sayur kobis pun terliur
ReplyDelete