Ahad minggu lepas Abg Anas (anak buah Ummi) bersama keluarganya datang melawat. Mereka dalam perjalanan dari Melaka nak balik ke Kedah, singgah bawa anak isteri ziarah Tok. Walaupun tujuan utamanya nak ziarah Tok tapi tetap rasa berbesar hati bila ada anak buah datang ke rumah. Kalau Ummi yang berpangkat mak saudara pun rasa seronok, apatah lagi Tok kan?
Gula Melaka dari Melaka |
Beginilah agaknya perasaan pakcik makcik (ibu/bapa saudara) Ummi bila Ummi ziarah mereka. Rasa seronok dan dihargai. Dulu-dulu Ummi hairan juga bila dengar ada orang tua-tua kecil hati bila anak cucu tak datang berziarah. Siap complain kalau kita tak ke rumah depa. Rupanya seronok tu lain macam. Rasa dihormati, disayangi dan dihargai. Segala yang ada di dapur tu kalau boleh semua nak dijamukan. Bila time nak balik tu, siap di hantar sampai ke kereta.
Sebelum tu, beberapa hari selepas raya haji tempohari Abg Aqim datang beraya. Jarang dapat jumpa Abg Aqim ni sebab dia bertugas jaga pintu sempadan negara hihi... Tok memang seronoklah sebab dari kecil Tok jaga kedua-dua cucunya ni. Alhamdulillah dah besar pun tak lupakan Tok.
Ummi pun happy juga... Abg Aqim bawa banyak buah tangan haha... Gurau ja. Bukan untuk Ummi pun buah tangan ni, untuk Tok dengan anak-anak. Nak tau Abg Aqim ni tengah berduit ke tidak, tengoklah buah tangan yang dibawanya. Kalau macam ni, maknanya poket tengah lebatlah tu 😊 kalau dia bawa goreng pisang tu, faham-fahamlah 😆
Whatever it is, it's the thought that counts.
Salam PH.... apa khabar?
ReplyDeleteGula Melaka tu dah masak ke belum...sedap tukan buat kuih.
Yelah kan patutlah org tua tua suka bila anak cucu dtg melawat, agaknya ada satu perasaan seronok yg tak dpt dijelaskan, hanya mereka je tahu....
Tu dia macam macam ada hahaha.... bawak buah tangan banyak mcm tu mmg datang dialu alukan lahkan PH hihi
yaaa, itu cara paling manis untuk bahagiakan orang tua...hanya balik menjenguk dan luangkan masa bersama dengan mereka sekali-sekala...mereka da tak ada apa da nak dikejar di dunia ni, anak cucu lah harta mereka...
ReplyDeleteada peluang menziarah kita ziarah. eratkan lagi hubungan..
ReplyDeletein my situation.. CT cuba nak jenguk ataupun bertanya khabar dengan kwan2 arwah ayah. salah satu cara nak pastikan ayah gembira disana..
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^