Tuesday, 2 April 2019

Bossku sambut menantu I


Dalam ramai-ramai boss Walid, boss di Syarikat C, EH ni yang paling sporting. Isterinya pun peramah and we can get along with her easily. Boleh dikatakan setiap tahun EH buat open house untuk staffnya. Itu yang buatkan hubungan mesra, bukan sekadar di office. 

Demi nak meraikan majlis perkahwinan anak lelaki mereka Sabtu lepas, kami ubah tarikh trip ke Pilah. Asalnya 23/3 tapi bertembung pula dengan Hari Sukan SRAI. Ubah ke 30/3 bertembung pula dengan wedding anak EH. Tukar tarikh lagi...


Majlis diadakan di sebuah hotel di Bukit Jelutong. Meriah sungguh. Maklumlah boss belanja makan hihi...

Bukan satu je kenduri, ada 5 events serentak di sini. Bersesak-sesak nak naik lift. Agaknya tempat ni memang tempat wedding kot. Time ni pula cuti sekolah memang, lagi lah meriah dengan kenduri kendara.
Bila dah bersusun event macam ni, tetamu kenalah check betul2, takut tersalah kenduri! 


Sebelum ke birthday party Anneesa kami ke sini dulu. Sebab tu sopan je anak2 dara Ummi berbaju kurung 🤗


Kami pilih makan di ruang open air sebab dekat dengan food tables haha... Lagipun lebih relax di open air area ni. 

Ini dalam hall...
Table setting sangat lovely. Pelamin tu Ummi tengok dari jauh je. Segan nak ke depan sebab pengantin tengah bersantap. 



Very delicious food. Nasi mandy kot, ada ayam dalam nasi on top of ayam goreng berempah dan daging masak hitam. Serious sedap. Cendol, laksa, apam balik, bubur pulut hitam semua Ummi rasa, kongsi dengan Walid dengan anak2. Memang terbaik food yang disediakan 👍👍👍


Photobooth kat luar. Sporting betul EH, dia yang snap kan gambar kami. Siap suruh bersanding lagi haha... 


Keluar dari hall, dengar bunyi kompang di palu. Rupanya di bangunan sebelah pun meriah juga dengan majlis kahwin. Hari kahwin sedunia agaknya hari ni 😁


Door gift. 


Yang dalam kotak corak batik tu kicap! Kicap Jalen lagi. Macam tau-tau je EH ni ex-staff dia 'hantu kicap' 😆😆😆


Tapi Ummi sukalah casing dia. Kotak tu bercorak batik, nampak sangat elegant dan traditional. I like! 

Selamat pengantin baru buat Adam & pasangan. Barakallahu la kuma wa jamaa' kuma fil khair. 
💝💝💝


11 comments:

  1. hari kawen sedunia katanya...hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Nice one !! Love you ouls...semuga ukhwah kita berpanjangan ...Kak Weed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak mak pengantin hahaha
      Thanks for having us kak weed 😘😘😘

      Delete
  3. PrrfecP wedding.. apapun souvenir gift dia mmg best

    ReplyDelete
  4. I always look forwards to the food at Malays weddings! The door gift is so practical. I will accept kicap anytime hah..hah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, awesome food.
      Me too... Kicap or anything practical are most welcome.

      Delete
  5. Minggu lepas pun anak sedara hakak kawen PH tp sebab ada check up tu ptg baru sampai. Pengantin pun dah pi outdoor shooting... Org pun dah tak de, nasib makanan ada lagi...
    Dah namanya pun boss ye PH, mewah jugak kendurinya tu ...seram pulak bila mengingatkan kenduri kawen ni

    ReplyDelete