Saturday, 6 April 2019

Daging Rebus Cicah


Resepi 12/2019
Daging Rebus Cicah 


Daging rebus cicah ni sebenarnya istilah yang merujuk kepada daging rebus (Baling style) yang dicicah bersama air asam. 

Kenapa Baling style, bukan Kedah style πŸ€” 
Secara amnya, berdasarkan pengalaman Ummi biasanya style orang Kedah, daging direbus ala sup dan dicicah dengan air asam kerisik. Namun, bagi penduduk Baling, daging rebus kami lebih simple. Daging direbus bersama serai, lengkuas dan sedikit bawang merah. Itu sahaja. Bila daging empuk, barulah dimasukkan garam. Bila nak makan, dihidangkan sekali bersama kuahnya dan dicicah dengan air asam atau kami sebut 'air garam' πŸ˜† Tapi Ummi suka cicah dengan kicap. Potong bawang, cili tuang kicap. Perah limau pergh πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Dulu, kami hanya mampu menikmati daging rebus bila tiba hari gaji. Hari gaji bagi kami maksudnya bila Tokwan menerima kiriman wang pos atau disebut "money oda' dari Paklong yang bekerja di ibu kota. Kebiasaannya Tokwan akan membeli daging di Pekan Khamis, pekan sehari di Parit Panjang. Ataupun di Pekan Sabtu di Kupang. Pekan sehari ni mendapat nama mengikut hari ianya beroperasi. Bukan setakat daging, Tokwan juga akan membeli tulang, urat serta perut lembu. Ada perut muda, perut kitab, perut tebal serta perut panjang. Kesukaan Ummi pastinya perut muda. Jika musim raya, Tokwan akan beli hati, limpa, paru juga otak lembu! Kecuali otak lembu yang di masak lemak, yang lainnya hanya direbus cicah. 

Daging Rebus Cicah (Baling Style) 
Bahan-bahan 
Daging
Serai - di titik
Lengkuas - di hiris
Bawang merah - di hiris 
Air secukupnya 
*sukatan agak-agaknya. Jangan serai lengkuas tu lebih dari daging sudah :p

Caranya: Masukkan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga daging empuk. Kalau daging bertulang/berlemak, tunggu hingga daging hampir empuk baru di masukkan serai lengkuas dan bawang. Masuk awal dikhuatiri daging lambat empuk. Jangan lambat masuk juga, nanti tak berasa aroma serai/lengkuas tu. Agak2 lah ye. 

Nampak simple tapi sedap tau. 

Ummi rebus daging dalam Noxxa PC 30 minit then baru masukkan bahan-bahan extra tu. Jangan lupa perisakan dengan garam. Siap! 

Jemputlah cuba resepi ringkas dan sihat ni πŸ€—

8 comments:

  1. ya Allah sedap ni kak !! ahahaha rasanya orang utara memang rajin makan cmeni kan. kalo tok.. dia rebus then air daging tu dia buat masak nasik. hehehe.. cicah ayaq asam !! dapnya !!

    ReplyDelete
  2. Cecah dengan ayaq asam sedapnyaaaa lahaiiiii

    ReplyDelete
  3. Daging ni masak apalah pun, sedap aje. Rebus macam ni lebih sihat kan.

    ReplyDelete
  4. Simple sungguh ni ye..... healthy pun mcm healthy hihi...
    Hakak ni makanan yg lalu depan mata mmg bedal je, nak nak benda gini mesti tak muakkan PH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH duduk dengan Tok Wan sejak kecil eh...

      Delete
  5. kalo balik kampung suami time raya, memang menu utama adalah daging lembu...macam da jadi satu kewajipan, kena ada menu daging..berbeza dengan saya kat sarawak, lebih kepada menu ayam..

    ReplyDelete